Berita Harian

Jangan biarkan Telok Melano jadi seperti Serikin

Kehadiran pengunjung wajar bawa limpahan rezeki penduduk

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Kehadiran pengunjung termasuk ada antaranya dari Sabah, Brunei, malah Semenanjun­g untuk beriadah di Telok Melano kini membawa limpahan rezeki kepada penduduk di kampung berkenaan.

Sebelum pembinaan jajaran lebuh raya sepanjang 32 kilometer yang menghubung­kan kampung itu dengan Sematan, penduduk bergantung kepada laut untuk mencari rezeki.

Ramai penduduk kampung itu sudah mendapat peluang baharu untuk meraih sumber rezeki tambahan dengan membuka gerai di pantai yang kini menjadi tumpuan ramai.

Jual makanan

Deretan gerai menjual makanan dan minuman tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak jalan raya berkenaan dibuka secara rasmi oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, hujung bulan lalu.

Ada juga yang menyediaka­n perkhidmat­an menyewa kenderaan lasak pelbagai bentuk muka bumi (ATV) kepada pengunjung yang beriadah di tepi pantai.

Malah, kawasan tanah lapang berdekatan pantai kini diisi dengan rumah baharu yang akan dijadikan sebagai inap desa untuk kemudahan pengunjung.

Namun, di sebalik keghairaha­n penduduk tempatan meraih rezeki yang terbuka luas itu, timbul kebimbanga­n segelintir mereka jika peluang itu diraih penduduk negara jiran, satu hari nanti.

Seorang penduduk tempatan yang tidak mahu dikenali berkata, semua pihak harus melihat apa yang berlaku di Serikin, lokasi yang menjadi tumpuan ramai di sempadan Malaysia - Indonesia di Bau sebagai pengajaran.

Serikin dikenali ramai hingga pengunjung dari Semenanjun­g menjadikan­nya lokasi wajib dikunjungi apabila bercuti di Bumi Kenyalang.

“Tetapi siapa yang berniaga dan meraih keuntungan di Serikin? Bukannya penduduk Serikin atau rakyat Sarawak, tetapi peniaga dari negara jiran.

“Kita hanya seronok menjadi pengunjung dan pembeli sahaja. Itulah yang sepatutnya dielakkan dan jangan dibiarkan ia berlaku pula di Telok Melano ini,” katanya.

Katanya lagi, kebimbanga­n itu tidak mustahil menjadi kenyataan, kerana ketika ini pun sudah ada penduduk dari wilayah bersebelah­an itu mencari peluang berniaga di Telok Melano.

 ?? [FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE/BH] ?? Keindahan pantai Telok Melano, Sematan memukau pengunjung untuk beriadah.
[FOTO EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE/BH] Keindahan pantai Telok Melano, Sematan memukau pengunjung untuk beriadah.
 ??  ?? Antara rumah baharu yang akan dijadikan inap desa.
Antara rumah baharu yang akan dijadikan inap desa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia