Berita Harian

Peraturan khas kawal peniaga asing

-

Kuching: “Jika rakyat Indonesia mahu berniaga di Telok Melano, mereka juga perlu mendapatka­n lesen dengan kadar lebih tinggi berbanding peniaga tempatan.

“Mereka juga harus masuk ke Sarawak terutama Telok Melano secara sah iaitu melalui pemeriksaa­n Imigresen dan bukannya menggunaka­n jalan tikus,” tegas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung usaha memastikan hak penduduk Telok Melano terpelihar­a.

Wan Junaidi berkata, beliau tidak mahu penduduk tempatan terpaksa menanggung kesulitan yang dilakukan oleh rakyat asing yang mengaut untung di kawasan tumpuan baharu di Sarawak itu.

“Mereka berniaga di tempat kita dan membawa balik keuntungan yang diperoleh di sini tetapi kita pula yang terpaksa mengutip sampah yang ditinggalk­an mereka,” katanya pada satu majlis, di sini baru-baru ini.

Satu peraturan baru akan dikuatkuas­akan di Telok Melano bagi memastikan kawasan itu selamat untuk pengunjung serta penduduk kampung.

Beliau berkata, setakat ini kawasan pantai yang terletak bersebelah­an dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia itu belum lagi mempunyai perundanga­n yang khusus berkaitan perkara itu.

“Dengan adanya peraturan baharu itu nanti, mereka yang ingin berniaga di kawasan itu perlu mendapatka­n lesen daripada Majlis Daerah Lundu (MDL),” katanya.

Sehubungan itu katanya, satu mesyuarat akan diadakan bersama semua agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincang­kan peraturan baharu, keselamata­n dan kebersihan kawasan Telok Melano.

 ??  ?? Rakyat asing bebas masuk ke Telok Melano dengan menaiki motosikal.
Rakyat asing bebas masuk ke Telok Melano dengan menaiki motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia