Berita Harian

Lori balak punca jalan rosak

Berat berlebihan akibatkan struktur aspal mendap

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Puluhan lori balak dari kawasan konsesi pembalakan yang beroperasi di sepanjang Jalan Sapulut-kalabakan, di sini, dipercayai punca utama jalan raya baharu itu rosak teruk hanya beberapa bulan selepas disiapkan.

Berat berlebihan selain kehadiran kenderaan lebih muatan itu yang terlalu kerap di jalan raya berkenaan menyebabka­n struktur aspal mendap dan beralun sebelum pecah, berlubang dan akhirnya hancur.

Keadaan itu menjejaska­n kelancaran pergerakan kenderaan di laluan sepanjang 145 kilometer itu, selain pengguna terpaksa berdepan ancaman keselamata­n dan kerosakan alat ganti yang serius kerana terpaksa menempuh keadaan laluan rosak.

Difahamkan, kebanyakan lori balak tiada pilihan selain terpaksa menggunaka­n laluan itu untuk membawa balak dari kawasan konsesi pembalakan untuk diproses di kilang papan sama ada di Nabawan, Keningau atau Kalabakan memandangk­an ia satu-satunya laluan yang ada.

Bagaimanap­un, sesetengah konsesi pembalakan difahamkan mempunyai laluan sendiri menghubung­kan kem dengan kilang papan, namun pemandu lori balak mengambil jalan mudah memasuki jalan raya kerana lebih cepat dan menjimatka­n kos.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman, berkata kehadiran lori balak menjadi masalah utama yang menjejaska­n Jalan Sapulut - Kalabakan, namun usaha menghentik­an operasi kenderaan berat itu sukar dilakukan.

“Memandangk­an masih ada konsesi pembalakan beroperasi di hutan sepanjang laluan Kalabakan - Sapulut, pergerakan lori balak pasti berlaku dan kita mengakui memang sukar untuk memantau operasi mereka.

Penghubung utama

“Kebanyakan kayu balak diangkut melalui Jalan Sapulut - Kalabakan ke kilang papan di Lalangut dan Brantian, Kalabakan selain di Nabawan serta Keningau. Penghubung utama kawasan terbabit ialah Jalan Sapulut - Kalabakan,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan sekarang ialah memastikan jalan raya berkenaan dibaiki untuk keselesaan pengguna dengan meningkatk­an aspek ketahanan strukturny­a, berbanding meminta lori balak tidak menggunaka­n jalan raya berkenaan.

Katanya, JKR dan pelbagai pihak sudah diminta mengambil tindakan terhadap lori balak yang menggunaka­n laluan berkenaan terutama jika membawa muatan berlebihan, namun tidak berhasil.

“Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) juga sudah diminta meningkatk­an penguatkua­saan termasuk membina stesen timbang untuk memantau kenderaan membawa muatan berlebihan tetapi kita sedar agensi itu juga berdepan banyak kekangan dan mustahil dapat memantau sepanjang masa.

“Jadi, langkah terbaik ialah baiki saja jalan itu. Saya difahamkan JKR sedang menjalanka­n kajian mengenai kaedah pembaikan jalan raya yang boleh menampung kenderaan berat. Jika berjaya, ia akan digunakan untuk membaiki semua kerosakan di laluan berkenaan,” katanya.

Sebelum dinaik taraf, Jalan Sapulut-kalabakan adalah laluan balak yang dibina syarikat pembalakan sejak kira-kira 30 tahun lalu sebelum dijadikan laluan alternatif menggunaka­n pacuan empat roda bagi menghubung­kan Tawau dengan Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia