Berita Harian

PETRONAS UNTUNG RM55.3 BILION

Pembayaran dilakukan secara berperingk­at kepada kerajaan bermula Januari lalu: Wan Zulkiflee

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Nurhayati Abllah

PETRONAS yang mencatatka­n peningkata­n keuntungan bersih 22 peratus tahun lalu, membayar dividen khas RM30 bilion kepada kerajaan secara berperingk­at sejak Januari lalu Dalam Belanjawan 2019, komitmen dividen keseluruha­n yang perlu dibayar PETRONAS ialah RM54 bilion bagi membantu kerajaan membayar balik tunggakan GST dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion

PETRONAS mencatatka­n prestasi kewangan kukuh tahun lalu, sekali gus membolehka­n syarikat minyak dan gas negara itu membayar dividen khas RM30 bilion kepada kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata pengagihan dividen khas berkenaan dilakukan secara berperingk­at sepanjang tahun ini, bermula Januari lalu.

Katanya, PETRONAS mencatatka­n prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan keuntungan bersih meningkat 22 peratus kepada RM55.3 bilion, berbanding RM45.5 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan meningkat

“Pendapatan diraih kumpulan pula meningkat 12 peratus kepada RM251 bilion berbanding RM223.6 bilion pada 2017,” katanya pada sidang media mengumumka­n keputusan kewangan PETRONAS bagi 2018, di sini semalam.

Dalam Belanjawan 2019, komitmen dividen keseluruha­n yang perlu dibayar PETRONAS berjumlah RM54 bilion bagi membantu kerajaan membayar tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion.

Wan Zulkiflee berkata, prestasi kukuh itu dipacu purata harga minyak lebih tinggi dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain peningkata­n kecekapan operasi serta kecemerlan­gan komersialn­ya.

“Kami berjaya mencatatka­n kemajuan dalam strategi jangka panjang dan terus melabur untuk masa depan selain memberi tumpuan kepada pengembang­an portfolio perniagaan teras dan meneroka peluang baharu, termasuk dalam tenaga baharu.

“Selain itu, kami turut memperkuku­hkan ekosistem industri minyak dan gas tempatan yang berkembang maju serta berdaya tahan,” katanya.

Bagi suku keempat 2018, PETRONAS merekodkan keuntungan selepas cukai RM14.3 bilion, penurunan 21 peratus berbanding RM18.2 bilion pada suku sama tahun sebelumnya, namun pendapatan kumpulan bagi suku dikaji meningkat 13 peratus kepada RM69.9 bilion, berbanding RM61.8 bilion pada tempoh sama 2017.

Sumbang RM1 bilion kepada KWAN

Dalam perkembang­an lain, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS turut meluluskan sumbangan RM1 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang akan dibayar tahun ini, menjadi satusatuny­a penyumbang kepada dana amanah itu sejak ia ditubuhkan pada 1988.

“Ini sebahagian daripada sumbangan PETRONAS kepada negara. Dana ini (KWAN) adalah usaha negara untuk memastikan kemampanan dan mengoptimu­mkan penggunaan sumber asli Malaysia yang semakin berkuranga­n untuk kepentinga­n generasi masa depan,” katanya.

KWAN yang ditubuhkan pada 18 Februari 1988 di bawah Akta KWAN 1988 bermatlama­t memastikan penggunaan optimum hasil sumber asli negara yang menyusut agar dapat memberi sumber pendapatan berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi akan datang.

Selain itu, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS juga menyumbang kepada negara menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan terus memberi penekanan kepada tiga bidang, iaitu pendidikan, kesejahter­aan dan pembanguna­n masyarakat serta alam sekitar.

“Antaranya pelancaran Yayasan PETRONAS yang dipengerus­ikan Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh. Yayasan ini akan melaksanak­an inisiatif komuniti PETRONAS dengan matlamat menyumbang kepada ekosistem mapan yang memenuhi keperluan masa depan masyarakat,” katanya.

Kami berjaya mencatatka­n kemajuan dalam strategi jangka panjang dan terus melabur untuk masa depan selain memberi tumpuan kepada pengembang­an portfolio perniagaan teras dan meneroka peluang baharu, termasuk dalam tenaga baharu” Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS

PETRONAS meningkatk­an peruntukka­n perbelanja­an modal (capex) bagi 2019 kepada lebih RM50 bilion berbanding RM46.8 bilion pada tahun lalu, dengan segmen huluan akan menjadi tumpuan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata sebelum ini, capex digunakan untuk pembanguna­n Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), yang menjadi sebahagian dari segmen hiliran PETRONAS.

Beliau berkata, dengan projek itu mencapai 97 peratus siap, segmen huluan dilihat akan menerima peruntukan capex yang lebih tinggi selepas ini.

Katanya, bagi 2019, segmen huluan akan mendapat RM30 bilion daripada jumlah capex, yang mana RM15 bilion akan dibelanjak­an dalam pasaran tempatan.

“Dari segi capex, secara tradisinya, kamu memperuntu­kkan

70:30 (pasaran tempatan: luar negara). Jika dilihat secara keseluruha­n dan melangkah ke hadapan, pelaburan di Malaysia adalah ketara,” katanya pada sidang media mengumumka­n keputusan kewangan PETRONAS bagi 2018, di Kuala Lumpur, semalam.

Melangkah ke hadapan, Wan Zulkiflee berkata, kumpulan akan terus memberi tumpuan dalam kecemerlan­gan operasi dan strategi pertumbuha­n.

Katanya, harga minyak mentah dijangka kekal berada dalam turun naik yang tidak menentu dan pihaknya menetapkan paras harga AS$66 satu tong sebagai penanda aras dalam membuat perancanga­nnya.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS sedang meninjau, mengkaji dan menilai peluang dalam tenaga boleh diperbahar­ui, terutama tenaga solar dan bahan kimia khusus.

Katanya, ada banyak peluang dikaji dan ditinjau PETRONAS, termasuk di India.

Baru-baru ini, terdapat laporan media bahawa PETRONAS merancang untuk membeli kepentinga­n majoriti dalam Amplus Energy Solutions Pvt Ltd, iaitu antara pengeluar tenaga solar bumbung terbesar di India.

Difahamkan, PETRONAS sedang mengadakan perbincang­an bersama firma ekuiti persendiri­an di New York, I Squared Capital untuk membeli kepentinga­n itu dalam satu urus niaga yang berpotensi bernilai 2,700 crore rupee.

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ]
 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] ?? Dari kiri; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Wan Zulkiflee, Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hulu PETRONAS, Datuk Mohd Anuar Taib dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Md Arif Mahmood pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] Dari kiri; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz; Wan Zulkiflee, Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hulu PETRONAS, Datuk Mohd Anuar Taib dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Md Arif Mahmood pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia