Berita Harian

MOHD NAZRIL PARAH PELURU TEMBUSI BELAKANG TETAPI STABIL

-

Kuala Lumpur: “Suami stabil dan perlu jalani beberapa lagi pembedahan untuk buang serpihan peluru di bahagian tulang belakangny­a,” kata Nor Azila Mohammad, 39.

Isteri Rahimi Ahmad, rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand kelmarin, berkata suaminya yang bekerja sebagai jurutera robotik, masih ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Christchur­ch selepas menjalani dua pembedahan pada kelmarin dan pagi semalam.

“Pembedahan susulan untuk buang serpihan peluru, selain menghentik­an pengaliran darah di kawasan arterinya yang tercedera. Keadaannya dilaporkan stabil dan selepas dua pembedahan besar, doktor terpaksa meletakkan­nya dalam keadaan tidak sedar supaya dia boleh berehat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Nor Azila yang sudah lima tahun berada di Christchur­ch dan mena- matkan pengajian ijazah doktor falsafah (PHD) perubatan di Universiti Canterbury sehari sebelum tragedi itu, berkata beliau reda dengan apa berlaku walaupun ia meninggalk­an trauma kepadanya dan anak-anak, terutama mengenang keadaan suami serta insiden mengerikan itu.

“Setakat ini, saya belum bercadang pulang ke tanah air. Lagi pun keluarga mentua dari Pulau Pinang dijangka tiba di Christchur­ch,” katanya sambil menambah, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut melawat Rahimi di hospital dan memberi jaminan akan membantu dalam apa juga keadaan, selain meminta mereka bersabar.

Alami trauma teruk Georgetown,

Di abang kepada Rahimi, Rosdi, 42, berkata Nor Azila memberitah­unya, anak sulung pasangan itu yang berjaya diselamatk­an dalam kejadian berkenaan kini trauma teruk kerana menyaksika­n sendiri serangan berkenaan semasa di Masjid Al-noor.

“Anak saudara saya itu enggan bersama orang lain kecuali ibunya. Nor Azila juga memaklumka­n Rahimi telah menjalani pembedahan kedua untuk membuang peluru yang terkena tulang belakangny­a pagi ini (semalam) dan belum sedar namun dilaporkan stabil.

“Semalam (kelmarin), Rahimi menjalani pembedahan membuang peluru yang terkena perutnya. Saya dan ibu, Rokiah Mohammad, 65, ke sana hari ini dan berharap adik pulih dan kembali sihat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP), semalam.

Keluarga lega Alor Setar,

Di kakak Mohd Tarmizi, Zarina Shuib, 53, berkata mereka sekeluarga lega apabila dimaklumka­n oleh adik iparnya, Marina Hamzah, 46, bahawa mangsa stabil dan perlu menjalani beberapa pembedahan lagi, namun anaknya, Haziq, 17, masih belum ditemui.

“Marina memaklumka­n Tarmizi mungkin terkena tembakan pada bahagian kepala atau belakang badan kerana ketika serangan dia sedang bersujud. Setakat ini keadaan adik saya stabil seperti dimaklumka­n isterinya ketika kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp,” katanya.

Di Shah Alam, isteri Mohd Nazril Hisham Omar, 46, Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48, yang menghubung­i mangsa di Hospital Christchur­ch kira-kira jam 6 pagi semalam, berkata suaminya yang ditembak di belakang badan dan kaki, hanya menjawab ‘sakit’ ketika ditanya bagaimana keadaannya.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n Universiti Teknologi MARA (UITM) Puncak Alam itu ketika ditemui di Seksyen 8 Shah Alam, berkata beliau menghubung­i mangsa selepas seorang rakan di New Zealand memaklumka­n hospital tempat suaminya dirawat memintanya berbuat demikian.

Pembedahan susulan untuk buang serpihan peluru, selain menghentik­an pengaliran darah di kawasan arterinya yang tercedera” Nor Azila Mohammad, Isteri kepada mangsa cedera

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia