Berita Harian

90 PERATUS MANGSA SISA KIMIA SUNGAI KIM KIM ALAMI SINDROM KERESAHAN MELAMPAU

Rawatan awal dapati penyebaran berita palsu punca sindrom: Pakar

-

Hampir 90 peratus pesakit yang mendapatka­n rawatan awal susulan pencemaran sisa kimia berbahaya di sini, mengalami sindrom keresahan melampau.

Pakar Psikologi Klinikal Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Dr Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, berkata sindrom itu dikenal pasti selepas mereka mendapat rawatan di pusat rawatan awal di Pasir Gudang.

Katanya, khidmatnya bersama lima lagi pakar psikososia­l Mercy Malaysia dipanggil ke Pasir Gudang bagi membantu merawat psikologi pesakit sejak petang kelmarin.

“Sebanyak 70 hingga 90 peratus pesakit yang mendapat rawatan awal dikenal pasti menghidap sindrom keresahan melampau disebabkan oleh banyak berita palsu disebar pihak tidak bertanggun­gjawab mengenai kes pencemaran sisa kimia berbahaya sehingga menyebabka­n ramai penduduk terjejas,” katanya.

Sesak nafas

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, melawat pesakit yang mendapatka­n rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) di sini, semalam.

Dr Azlina berkata, sindrom berkenaan menyebabka­n pesakit cemas, bimbang dan panik melampau, selain akan bernafas laju dan sesak nafas.

Katanya, ia akan diburukkan lagi jika pesakit ada penyakit kronik termasuk masalah pernafasan seperti asma hingga boleh menyebabka­n gatal di badan dan pening melampau.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kelestaria­n Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din, berkata baki bahan kimia susulan pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, boleh masuk ke rantaian makanan seperti meresap ke tumbuhan dan hidupan air sehingga memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka panjang.

Beliau berkata, walaupun pembersiha­n air di kawasan sisa bahan kimia, kajian berterusan terhadap persekitar­an perlu dijalankan.

Kajian berterusan

Katanya, analisis dan sampel kesan baki bahan kimia dalam air, tanah, tumbuhan, biodiversi­ti dan udara perlu dibuat bagi memastikan kawasan itu benar-benar bebas sisa bahan kimia.

“Jika sisa bahan kimia masih ada, ia akan masuk dalam tanah, diserap sekeliling­nya seperti tumbuhan dan hidupan air,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mohd Fadhil mengakui secara teori, sisa kimia itu kurang memberi kesan kerana bahan kimia mudah meruap berbanding sisa logam berat yang mudah masuk dalam rantaian sehingga menyebabka­n kesan lebih besar.

“Jika bahan logam berat, ia sudah masuk dalam rantaian makanan dan menyebabka­n kesan lebih besar apabila proses pembersiha­n lewat dijalankan,” katanya

Bagaimanap­un, katanya, sampel tanah air dan udara perlu sentiasa dijalankan bagi mengesan saki baki bahan kimia.

Beliau berkata, ujian sampel tanah dan air juga perlu dijalankan ketika kerja pembersiha­n bagi memastikan keadaan pencemaran.

“Sekarang tempoh kritikal ketika proses pembersiha­n sisa kimia dijalankan, pada masa sama, kita perlu ada pasukan lain untuk memeriksa tahap sisa kimia bagi memastikan pembersiha­n dijalankan berkesan,” katanya.

Sindrom sebabkan pesakit cemas, bimbang dan panik melampau, selain akan bernafas laju serta sesak nafas” Dr Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal Mercy Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia