Berita Harian

‘Contohi disiplin rakyat Jepun untuk berjaya’

Generasi muda perlu tanam nilai murni, berusaha keras hasilkan sesuatu berkualiti: Dr M

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Remaja di negara ini perlu mencontohi sifat mulia masyarakat Jepun yang memiliki perasaan malu untuk gagal dalam melaksanak­an sesuatu tanggungja­wab.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata malu adalah suatu nilai murni yang dipegang rakyat Jepun sehingga berjaya membangunk­an negara itu menjadi sebuah kuasa ekonomi selepas musnah dalam Perang Dunia Kedua.

Beliau berkata, atas faktor itu, kerajaan kini melaksanak­an semula Dasar Pandang ke Timur yang pernah dilaksanak­an ketika beliau memimpin negara sebelum ini bagi memastikan nilai murni dipegang masyarakat negara itu dicontohi dan diamalkan di Malaysia.

“Untuk dijadikan contoh, kita perlu ikon atau mereka yang sudah terbukti berjaya seperti Jepun yang pernah kalah dan musnah dalam perang, tetapi kini menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di belakang negara yang mengalahka­nnya.

Berusaha bersungguh-sungguh

“Dengan memiliki sifat amat malu untuk gagal membuatkan rakyatnya berusaha bersungguh-sungguh menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab, suatu nilai murni yang perlu kita contohi untuk berjaya,” katanya ketika melancarka­n Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n, di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.

Dr Mahathir berkata, rasa malu juga akan mendorong seseorang bekerja menghasilk­an sesuatu yang berkualiti tinggi, sama seperti Jepun yang berjaya mengeluark­an kenderaan diyakini masyarakat dunia.

“Kalau kita menjadi bangsa yang menghasilk­an sesuatu berkualiti tinggi, dunia akan menghormat­i kita. Tiada persoalan mengenai kualiti barangan kita, sekali gus kita akan maju.

“Justeru, kita mahu rakyat, khususnya golongan remaja berusia 10 hingga 20 tahun disemai sifat murni orang Jepun yang pasti akan membawa kebaikan kepada masa depan negara.

“Yang pasti, perasaan malu untuk gagal boleh menjadi dorongan kepada semua orang bangkit melakukan sesuatu kerja dan amanah dengan lebih baik,” katanya.

Remaja Iceland diiktiraf paling cemerlang

Dr Mahathir turut memuji inisiatif Kementeria­n Wilayah Persekutua­n melaksanak­an Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n itu, yang akan memberi manfaat besar kepada masa depan negara.

Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n diadaptasi daripada Dasar ‘Youth in Iceland’ dan selepas lebih 30 tahun pelaksanaa­nnya, remaja Iceland kini diiktiraf paling cemerlang dalam kalangan Indeks Bersih Remaja di Eropah.

Program itu menyasarka­n pembabitan 2,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menetap di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL).

Ia dilaksanak­an berdasarka­n enam modul iaitu kerohanian dan sahsiah; kebajikan dan kemasyarak­atan; patriotism­e dan perpaduan; kesihatan dan rekreasi; kemahiran dan daya kreativiti serta sukan.

Dengan memiliki sifat amat malu untuk gagal membuatkan rakyatnya berusaha bersungguh­sungguh menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab, suatu nilai murni yang perlu kita contohi untuk berjaya” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Dr Mahathir bersama peserta ikon remaja selepas majlis pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n yang turut dihadiri Khalid dan Rina di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Dr Mahathir bersama peserta ikon remaja selepas majlis pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n yang turut dihadiri Khalid dan Rina di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia