Berita Harian

Agong kutuk serangan berdarah

Baginda zahir kesedihan, mahu penjenayah segera dihadapkan ke muka pengadilan

-

Yang di-pertuan Agong, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah mengutuk serangan terhadap dua masjid di Christchur­ch, New Zealand yang mengorbank­an banyak nyawa dan melahirkan rasa sedih terhadap keduadua kejadian berkenaan.

Susulan itu, baginda berharap penjenayah terbabit segera dihadapkan ke muka pengadilan.

“Baginda amat bersedih dengan kejadian tembakan dilaporkan berlaku di Masjid Al-noor dan Masjid Linwood di Christchur­ch yang meragut 49 nyawa.

“Seri Paduka mengutuk tindakan tidak masuk akal terhadap orang awam tidak berdosa dan berharap mereka yang bertanggun­gjawab terhadap jenayah ini dibawa ke muka pengadilan,” kata kenyataan Istana Negara yang dikeluarka­n Datuk Panglima Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, di sini, semalam.

Doakan kesembuhan

Baginda juga berharap dan mendoakan kesembuhan segera rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian tembakan itu.

Kementeria­n Luar kelmarin mengesahka­n dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu. Bagaimanap­un, dilaporkan ada rakyat Malaysia ketiga yang cedera dalam insiden dilabel Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai keganasan.

Al-sultan Abdullah turut bersimpati terhadap mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor dan mendoakan mereka kembali pulih.

Baginda berharap mangsa yang menjalani rawatan saringan awal di Medic Base, Stadium Tertutup Pasir Gudang berupaya menjalani proses pemeriksaa­n dengan baik.

Al-sultan Abdullah turut memohon rakyat Malaysia mendoakan pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang tidak mengakibat­kan keadaan lebih memudaratk­an penduduk setempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia