Berita Harian

Nasib rakyat kita hilang belum diketahui

Usaha cari anak mangsa serangan kini giat dijalankan

- Oleh Abdul Razak Raaff, M Hifzuddin Ikhsan, Haika Khazi, Siti Fatimah Mohamed Anwar, Khairul Azran Hussin, Nor Afzan Mohamad Yusof, Nadia Hamid, Muhammad Yusri Muzamir dan Iskandar Shah Mohamed

Nasib seorang rakyat Malaysia yang hilang selepas serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchur­ch, New Zeland, kelmarin masih tidak diketahui setakat petang semalam.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, belum dapat dikesan dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa.

Mohd Haziq adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 46, rakyat Malaysia yang parah ditembak dalam serangan sama.

Seorang lagi anak Mohd Tarmizi, Mohd Haris, 12, kini selamat dan ditempatka­n di sebuah hospital di bandar terbabit kerana trauma.

Mohd Tarmizi dari Kedah, antara tiga rakyat Malaysia yang cedera terkena tembakan dalam serangan terbabit bersama Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang serta Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan.

“Mohd Haziq belum ditemui setakat ini (semalam) selepas melarikan diri ketika kejadian, manakala Mohd Haris dirawat di sebuah hospital kanak-kanak kerana trauma.

Bawa ahli keluarga terdekat

“Kita juga akan membawa ahli keluarga terdekat mangsa ke sana serta menguruska­n urusan berkaitan termasuk kos perubatan dan membawa mereka balik ke Malaysia. Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo memaklumka­n keadaan ketiga-tiga mangsa (rakyat Malaysia yang cedera) stabil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-20 Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini semalam.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata setakat ini belum ada keperluan untuk kerajaan mengeluark­an amaran perjalanan ke New Zealand.

Serangan kira-kira jam 1.40 tengah hari waktu tempatan kelmarin oleh seorang pengganas kulit putih di dua masjid berkenaan, mengorbank­an 49 orang serta mencederak­an puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia.

Kerjasama dengan kedutaan Kuala Lumpur,

Di Nur Izzah Wong ketika dihubungi BH, berkata Kedutaan Malaysia sedang bekerjasam­a dengan pihak berkuasa New Zealand bagi mengesan rakyat Malaysia yang masih hilang.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang maklumat lanjut berhubung kes seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang kerana polis belum membuat sebarang pengesahan atau mengeluark­an senarai penuh mereka yang maut atau hilang selepas kejadian terbabit.

“Justeru itu, saya menasihatk­an rakyat di Malaysia jangan sebar khabar angin dan maklumat belum disahkan kerana boleh menimbulka­n pelbagai implikasi terutama kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Di Kangar, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, berkata tiada keperluan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Christchur­ch pada masa ini yang berjumlah lebih 1,200 orang, namun langkah berkaitan yang perlu akan diambil jika keadaan menjadi lebih serius.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Haziq (kanan) dikatakan melarikan diri ketika kejadian .
Mohd Haziq (kanan) dikatakan melarikan diri ketika kejadian .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia