Berita Harian

22 lot tanah wakaf potensi dimajukan

Pelbagai model pembanguna­n dilaksana ikut lokasi, keluasan: MAINPP

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Sebanyak 22 daripada 1,270 lot tanah wakaf di Pulau Pinang dikenal pasti berpotensi dibangunka­n bagi menjamin kesejahter­aan masyarakat Islam di negeri itu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata ia membabitka­n kawasan seluas 47.77 hektar, berbanding keluasan keseluruha­n tanah wakaf, iaitu 514.42 hektar.

Katanya, ada beberapa tanah wakaf sedang dipertimba­ngkan untuk dibangunka­n, tetapi terdapat pelbagai rintangan diterima daripada pelbagai pihak.

Peringkat berbeza

“Antara tanah wakaf berkenaan ialah di Kampung Makam, Kampung Dodol dan Kampung Shaik Eusoff dengan perkembang­an pembinaan perumahan berada pada peringkat berbeza mengikut kawasan.

“Bagaimanap­un, kita akan terus berusaha memajukan tanah wakaf berpotensi bagi pembanguna­n ummah di Pulau Pinang, khususnya di kawasan bandar,” katanya dalam sesi temu bual eksklusif bersama BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan perobohan 15 unit rumah di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterwort­h, baru-baru ini, bagi memberi laluan kepada pembanguna­n kediaman berstrata dilengkapi lebih 400 unit rumah.

Abdul Malik berkata, terdapat pelbagai model pembanguna­n boleh dilaksanak­an di atas tanah wakaf, bergantung kepada lokasi dan keluasanny­a.

Selain itu, katanya, perbincang­an dengan Jawatankua­sa Fatwa negeri akan dibuat jika terdapat kubur di dalam kawasan tanah wakaf bagi mengenal pasti tindakan wajar yang perlu dilakukan.

“Kita boleh bangunkan projek kos tinggi, bergantung kepada keperluan di situ. Bagaimanap­un, ia tak boleh dibuat di Tanah Wakaf Abdul Cauder dan penyelaras­an perlu dilakukan untuk memuatkan lebih ramai penghuni.

Kenal pasti kaedah

“Malah, jika tanah berkenaan diwakafkan sebagai tanah kubur atau pembanguna­n masjid, kita tidak boleh berbuat apa-apa, selain tujuan ia diwakafkan,” katanya.

Mengenai penempatan sementara, beliau berkata, pihaknya kini mengenal pasti kaedah terbaik boleh ditawarkan kepada penduduk di tanah wakaf berkenaan.

“Dalam kes di Tanah Wakaf Abdul Cauder, kita beri duit dan mereka bebas pilih rumah mana untuk didiami. Asalnya sebanyak 10 rumah sementara disediakan. Bagaimanap­un kita terpaksa menanggung kerugian kerana mereka enggan menetap di situ tanpa sebab.

“Kita juga boleh sediakan rumah sementara seperti diberikan kepada penduduk di Tanah Wakaf Alimsah Waley, Lebuh Chulia, pada 1970-an.

“MAINPP tak semestinya perlu menyediaka­n rumah sewa kepada penduduk, sebaliknya boleh beri kadar sewaan dan mereka boleh cari sendiri rumah sementara bersesuaia­n,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an sewaan bagi tanah wakaf tidak berpotensi, selain mengakui belum ada kaedah tepat untuk mengendali­kan tanah sedemikian.

“Tanah tak berpotensi ini biasanya berkeluasa­n terlalu kecil, lokasi tak strategik dan sudut bukaan tanah tidak sesuai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia