Berita Harian

Dana tahun ini cukup

Agensi sedia lebih RM3 bilion setahun tawar pinjaman kepada pemohon

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mampu menawarkan pinjaman kepada semua pemohon yang akan menyambung pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi tahun ini.

Pengerusin­ya, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya sebagai sebuah institusi yang menawarkan pinjaman pelajaran bertanggun­gjawab memastikan pelajar dapat menyambung pelajaran tanpa menghadapi masalah kewangan.

Beliau berkata, pihaknya memperuntu­kkan antara RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setahun dengan keupayaan menawarkan pinjaman kepada hampir 190,000 pelajar yang memohon.

Kekal dasar

“PTPTN masih mempunyai dana yang mencukupi kerana pinjaman terbabit dijamin kerajaan. Tidak timbul isu PTPTN mampu atau sebaliknya tetapi apa yang perlu difikirkan, sejauh mana kerajaan mampu menanggung hutang termasuk yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

“Kita yakin semua pemohon yang berkelayak­an akan dapat menerima pinjaman mengikut kelayakan masing-masing dengan jumlah yang diberi berbeza.

“Atas faktor ini juga, kita tekankan peminjam terdahulu untuk bayar semula pinjaman mereka kerana apabila gagal berbuat demikian, sudah pasti sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada PTPTN,” katanya pada program Jom Masuk Universiti di Kolej Vokasional Arau di sini, semalam.

Ditanya mengenai sama ada PTPTN masih mengguna pakai dasar kerajaan terdahulu dalam mengutip kembali pinjaman, Wan Saiful berkata, pihaknya masih tidak mengubah apa-apa dasar sedia ada.

“Bagaimanap­un kita dalam proses mengkaji dasar atau mekanisme baharu sebelum ia dibentangk­an untuk maklum balas bulan depan.

“Selepas mekanisme kutipan yang dicadangka­n sebelum ini dipertikai, kerajaan membekukan ia dahulu. Sudah pasti kita mengambil peluang untuk mengkaji semula secara terperinci bagi mengurangk­an tekanan ke atas peminjam,” katanya.

Beliau berkata, ada pelbagai cadangan yang akan dipertimba­ngkan dan dibincangk­an termasuk menyenarai hitam peminjam ke luar negara yang gagal membayar balik pinjaman, dilaksanak­an semula.

 ?? [FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN /BH] ?? Wan Saiful (kanan) beramah mesra dengan pelajar pada program Jom Masuk Universiti di Kolej Vokasional Arau, semalam.
[FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN /BH] Wan Saiful (kanan) beramah mesra dengan pelajar pada program Jom Masuk Universiti di Kolej Vokasional Arau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia