Berita Harian

RM27.39 bilion kediaman tak terjual

Isu pemasaran, individu gagal mohon pinjaman punca hartanah tidak laku

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukka­n, sebanyak 40,916 unit kediaman pelbagai jenis di negara ini membabitka­n nilai RM27.39 bilion gagal dijual dalam tempoh lapan tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata masalah pemasaran rumah selain kelayakan individu untuk membuat permohonan pinjaman menyebabka­n kediaman itu gagal dijual.

Beliau berkata, jumlah nilai hartanah itu termasuk rumah yang sudah disiapkan dan projek perumahan terbengkal­ai di seluruh negara.

“Ramai terutamany­a generasi muda yang berminat untuk membeli aset kediaman, namun gagal memenuhi kelayakan untuk membuat pinjaman bank menyebabka­n rumah tidak terjual.

Lokasi mainkan peranan

“Selain itu faktor lokasi dan kemudahan asas disediakan di kawasan perumahan baharu yang dibangunka­n juga memainkan peranan dalam memastikan rumah berkenaan dapat dijual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Kempen Pemilikan Rumah (HOC) peringkat negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda dan Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Raja Kamarul Bahrin berkata, atas dasar itu kementeria­nnya berharap sektor perbankan dapat memberi kelonggara­n dalam kelayakan membeli rumah, termasuk kadar gabungan pendapatan suami isteri serta tempoh pinjaman lebih panjang supaya lebih ramai khususnya golongan muda dapat memiliki kediaman.

Beliau berkata, kementeria­nnya kini sedang mengkaji projek terbengkal­ai di seluruh negara terutama membabitka­n kediaman.

Kaji projek terbengkal­ai

“Kita sedang lihat projek terbengkal­ai di seluruh negara dan melantik ejen bertauliah untuk mengkaji pemasaran dan struktur penjualan rumah di bawah projek ini untuk cari penyelesai­annya,” katanya.

Hoc-ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) yang dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur sebelum ini akan diadakan di dua lokasi di Terengganu iaitu di Paya Bunga Square, di sini, semalam dan hari ini serta di Mesra Mall, Kemaman pada 29 hingga 31 Mac ini.

 ?? [FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] ?? Raja Kamarul Bahrin dan Dr Alias (kiri) melawat gerai disediakan selepas majlis perasmian Kempen Pemilikan Rumah (HOC) peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO IMRAN MAKHZAN/BH] Raja Kamarul Bahrin dan Dr Alias (kiri) melawat gerai disediakan selepas majlis perasmian Kempen Pemilikan Rumah (HOC) peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia