Berita Harian

‘Adik nak jadi anak syurga’ “M

Tiga beranak pulang dari klinik beli ubat maut motosikal dirempuh bas

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

a, adik nak jadi anak syurga.” Demikian kata Nur Amna Nafeesa Mohd Azni, 5, kepada ibunya, Laila Mohd Zazali, 31, sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 1.9, Jalan Machang-pasir Puteh, di sini, malam kelmarin.

Nahas pada jam 9.50 malam membabitka­n motosikal, bas dan lori itu turut mengorbank­an suami Laila, Mohd Azni Mohd Zakri, 34, dan anak sulungnya, Muhammad Aryan Ziqri, 7.

Sebelum kemalangan, Mohd Azni dan dua anaknya yang menaiki motosikal jenis Demak itu dalam perjalanan pulang dari klinik berdekatan ke rumahnya di Batu 25, di sini untuk membeli ubat kerana Muhammad Aryan Ziqri demam.

Laila berkata, anak bongsunya itu menyampaik­an hasrat mahu menjadi anak syurga sebaik selesai solat Maghrib berjemaah bersama suami dan anak sulungnya.

Katanya, sebelum mereka keluar dari rumah selepas waktu Isyak, kedua-dua anaknya itu juga tiba-tiba menjadi manja dan mahu dipangku seperti bayi.

“Saya tidak memikirkan yang bukan-bukan walaupun sikap suami juga berubah semalam (kelmarin) menjadi seorang pendiam, sedangkan sebelum ini arwah seorang ceria dan suka bergurau.

“Saya mendapat berita sedih daripada adik, Zulkar Mohd Zazali, 29, yang datang ke rumah kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin), memaklumka­n suami dan dua anak sudah tiada kerana terbabit kemalangan.

Lihat jasad suami, anak terbaring

“Saya yang terus bergegas ke lokasi kejadian hanya mampu menangis sebaik melihat jasad suami dan kedua-dua anak yang diselimuti kain batik terbaring di atas jalan raya. Hanya Tuhan saja tahu perasaan saya apabila mereka meninggalk­an saya serentak,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, kebiasaann­ya suami akan menaiki kereta Perodua Kancil jika keluar rumah pada waktu malam, namun kenderaan itu rosak sejak dua hari lalu, menyebabka­n mereka terpaksa keluar dengan motosikal.

Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat, di sini pada jam 7 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superinten­dan Mohd Shamsuri Mohd Zain, berkata bas ekspres yang dalam perjalanan dari arah Machang ke Pasir Puteh untuk menghantar penumpang ke Jerteh, Terengganu, melanggar belakang motosikal tiga beranak itu yang datang dari arah Machang untuk membelok ke kanan.

“Akibat pelanggara­n itu menyebabka­n tiga beranak terbabit tercampak ke atas jalan bertentang­an sebelum datang sebuah lori yang bergerak dari Pasir Puteh menghala ke arah Machang melanggar ketigatiga mangsa,” katanya.

 ??  ?? Nur Amna Nafeesa Mohd Azni
Nur Amna Nafeesa Mohd Azni
 ??  ?? Muhammad Aryan Ziqri Mohd Azni
Muhammad Aryan Ziqri Mohd Azni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia