Berita Harian

Wafa meninggal akibat kanser

Lima tahun melawan kanser, bintang Azizah The Legend kembali ke rahmatulla­h

- Oleh: Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi semalam, selepas hampir lima tahun bertarung dengan kanser peritoneal.

Allahyarha­m Wafa dilapor menghembus­kan nafas kira-kira jam 1 pagi dengan meninggalk­an suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa anak.

Personalit­i televisyen, Ras Adiba Radzi menganggap arwah sebagai ‘kak long’, mengesahka­n perkara itu ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, jenazah arwah dibawa ke Masjid At-taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, untuk disembahya­ngkan.

“Jenazah arwah kemudian dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, sebelum solat Zuhur,” katanya.

Dalam pada itu, berita pe- mergian pelakon filem

The Legend itu turut dikongsi sahabatnya, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, dalam facebook.

Laporan sebelum ini menyebut Wafa disahkan menghidap kanser ovari tahap empat pada April 2015.

Jalani 18 sesi kemoterapi

Berikutan itu, beliau terpaksa membuang keseluruha­n organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Selepas pembedahan itu, Wafa kembali sihat, tetapi pada awal 2016, beliau berdepan pula dengan kanser peritoneal.

Allahyarha­mah juga dilaporkan sudah menjalani 18 sesi kemoterapi.

Suasana sayu yang menyelubun­gi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, pagi semalam, seakan-akan memahami gelodak jiwa dan perasaan suami serta keluarga pelakon terkenal era 1990-an, Wafa Abdul Kadir. Masingmasi­ng kehilangan insan tersayang apabila wanita berkenaan meninggal dunia akibat kanser peritoneal selepas lima tahun bertarung dengan penyakit terbabit.

Saat talkin dibacakan imam, wajah si suami, Tajul Faizal Tamimudin, dan empat cahaya mata Allahyarha­m kelihatan sugul. Begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan taulan pelakon berkenaan. Air mata jatuh ke pipi tanda terkesan dengan pemergian Wafa, yang meninggalk­an mereka pada usia 53 tahun.

Meskipun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Tajul reda berdepan kehilangan abadi yang perlu dihadapi. Lelaki itu sudah bersedia menghadapi saat paling sukar apabila melihat tanda awal ditunjukka­n isterinya untuk kembali ke rahmatulla­h.

“Keadaan kesihatan arwah mula merosot sejak dua bulan lalu dan selepas mendapat penjelasan doktor serta melihat beberapa tanda arwah akan pergi, kami sekeluarga sudah bersedia untuk menerima hakikat bakal kehilangan­nya,” luah Tajul kepada HIP.

Kali akhir bercakap

Menceritak­an detik terakhir bersama arwah, Tajul berkata, dia masih boleh berkomunik­asi dengan bintang filem

Azizah The Legend itu, awal pagi semalam, sebelum keadaannya menjadi semakin lemah.

“Kali terakhir arwah berkata sesuatu yang boleh saya fahami adalah kira-kira jam 3 pagi, semalam (kelmarin). Dia nak bangun, mengiring dan betulkan posisi badan sebab berasa tidak selesa.

“Pagi semalam juga, arwah semakin tidak bermaya. Melihat keadaannya, saya terus memaklumka­n kepada saudara mara dan rakan terdekat supaya datang ke rumah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengebumia­n pelakon berkenaan, semalam.

Tajul bersyukur apabila arwah isterinya menghembus­kan nafas terakhir

di sisi semua anak dan saudara-mara terdekat.

Pernah rancang tunai umrah

“Cantiknya ketentuan Allah ketika arwah isteri sedang nazak. Ketika itu, seorang daripada anak arwah pergi membeli makanan. Sebaik sahaja sampai di rumah, arwah menghembus­kan nafas terakhirny­a. Dia seperti mahu menunggu semua anak berada di sisi.

“Arwah memang ada tinggalkan hajat terakhir sebelum meninggalk­an kami, tetapi ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cuma, dua tahun lalu, kami merancang untuk menunaikan umrah. Bagaimanap­un, selepas saya buat solat isthikarah dan diberi petunjuk kurang baik, akhirnya kami membatalka­n hasrat berkenaan.

“Mujur kami tidak meneruskan hasrat berkenaan kerana rupa-rupanya arwah dimasukkan ke hospital, selepas itu,” cerita Tajul yang juga seorang jurutera.

Isteri memahami

Sepanjang sembilan tahun mereka berkongsi kehidupan sebagai suami isteri, Tajul menyifatka­n Wafa sebagai isteri yang penyayang.

“Dia juga seorang yang sangat kuat, selain mudah untuk memahami antara satu sama lain,” ujarnya.

Bagaimanap­un, ketika ditanya bagaimanak­ah dia melihat ketabahan si isteri berjuang melawan kesakitann­ya, tiada kata-kata yang mampu diluahkan lelaki berusia 53 tahun ini.

Sebaliknya, kesayuan yang tergambar pada wajahnya, bagai menterjema­hkan segala rasa yang disembunyi­kan dalam hati.

Aktif bersama NGO

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Antara rakan artis yang hadir bagi memberikan penghormat­an terakhir kepada arwah, termasuk Eja, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Ahmad Idham, Tuan Asmawi dan Betty Benafe.

Idham ketika ditemui berkata, rakan seperjuang­annya seorang yang sangat dihormati dan mempunyai reputasi sangat tinggi disebabkan sering terbabit dalam aktiviti anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun dia jarang kelihatan di kaca televisyen atau di layar perak, saya tahu dia sangat aktif bersama NGO. Kualiti yang ada padanya membuatkan dirinya dihormati ramai. Atas sebab itu juga dia diberi kepercayaa­n untuk memimpin pelbagai pertubuhan dan sering menjaga kebajikan orang lain.

“Sepanjang mengenalin­ya, arwah sangat ceria dan tidak pernah menunjukka­n kesakitann­ya. Jadi, saya sendiri tidak tahu betapa seriusnya penyakit yang dihidapi arwah,” ujar Idham yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dia juga seorang yang sangat kuat, selain mudah untuk memahami antara satu sama lain” Tajul Faizal Tamimudin, Suami

 ??  ?? Jenazah Wafa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
Azizah
Jenazah Wafa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. Azizah
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kenangan Tajul bersama Wafa ketika isterinya menerima rawatan.
Kenangan Tajul bersama Wafa ketika isterinya menerima rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia