Berita Harian

Misteri Gua Kelam

Taman Rahsia Perlis antara tarikan wajib dikunjungi

- zubir_yunus@bh.com.my Oleh Zubir Mohd Yunus

Selepas berjalan meneroka gua batu kapur yang dilingkari hutan belantara, jauh daripada penempatan, tiba-tiba anda disajikan pemandanga­n indah sebuah taman bunga yang seolah-olah terpelihar­a hingga tiada langsung kotoran di persekitar­annya.

Jika ada sekalipun hanya daun kering yang berguguran di sekitar taman berkenaan. Ada sesetengah kawasan pula, kelihatan seperti baru disapu.

Tiada renjer mahupun pekerja pembersiha­n kelihatan sekitar taman di tengah belantara itu.

Penulis terfikir mungkinkah ‘Taman Firdausi’ ini dijaga entiti tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Barangkali halaman itu dihuni makhluk halus atau bunian.

Tidak berani tegur keganjilan berkenaan, hanya berkata-kata di dalam hati sahaja. Pantang orang tua-tua, jangan tegur.

Namun, selepas mengelilin­gi ‘Taman Firdausi’, penulis menemui jawapan.

Bukan taman fantasi

Taman yang indah itu, bukan fantasi, sebaliknya ia memang wujud di tengah belantara. Pada awalnya disangka dihuni bunian, benar-benar wujud di alam nyata, cuma bukan milik makhluk halus, sebaliknya, destinasi berkenaan adalah taman rekreasi yang diselengga­ra rapi untuk tujuan tarikan pelanconga­n.

Itulah keunikan Taman Rahsia Perlis atau Secret Garden

of Perlis yang terletak dalam kawasan paling hujung Taman Rekreasi Gua Kelam di Perlis.

Bagi pelancong atau pengembara yang memilih Kangar sebagai destinasi percutian, Gua Kelam adalah produk pelanconga­n terletak di utara Semenanjun­g yang wajib dikunjungi disebabkan keunikan dan keindahann­ya.

Tidak keterlalua­n untuk menamakan Gua Kelam antara

gua batu kapur tercantik di Malaysia. Di dalam gua ini terdapat terowong yang panjangnya 370 meter (m) dan terletak berhampira­n pekan kecil Kaki Bukit, kirakira 33 kilometer (km) di utara Kangar, Perlis. Terowong inilah yang menjadi antara tarikan pengunjung untuk meneroka Gua Kelam.

Guna lampu karbaid

Dinamakan Gua Kelam sempena keadaan dan kedudukann­ya di kaki bukit, selain suasana kelam yang sentiasa menyelubun­gi gua ini. Kelam mengikut loghat utara bermaksud gelap. Mengikut fakta sejarah pula, nama Gua Kelam diberikan oleh pelombong bijih timah suatu ketika dahulu sempena kegelapan gua itu sendiri. Pelombong berkenaan terpaksa menggunaka­n lampu karbaid untuk menerangi kawasan dalam gua. Hari ini sebagai tarikan pelanconga­n, Gua Kelam menyediaka­n laluan interpreta­si sepanjang 1.5km meliputi jalan atas simen, tanah dan laluan anak sungai.

Pelancong berpeluang melihat bekas landasan troli bijih timah yang dibina daripada besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunaka­n batu-batuan oleh pelombong bijih timah. Malahan, pembinaan pintu gerbang oleh tauke lombong bagi menandakan kawasan sempadan konsesi masih dapat dilihat di dalam gua ini.

Jangan panik

Ketika meneroka kawasan dalam gua berkenaan, pelbagai binatang seperti kelawar, ular dan labahlabah, sentiasa ‘mengalualu­kan’ kehadiran anda.

Pelawat mungkin juga berpeluang terserempa­k dengan spesies berkenaan, cuma jangan panik atau menjerit di dalam gua itu kerana boleh mengganggu pengunjung lain.

Gua Kelam antara gua batu kapur Formasi Sentul di Banjaran Nakawan, iaitu terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Wang Mu, bersebelah­an Taman Negeri Perlis.

Lebih unik, jarak Gua Kelam hanya beberapa kilometer sahaja dengan sempadan Thailand. Sebuah jambatan gantung disediakan untuk merentasin­ya. Malah, Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan jalan guaatau cave walk. Sungai bawah tanah yang panjangnya sekitar 400 meter (m) mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat apabila merentasi gua ini. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan di dalam gua.

Anak sungai yang mengalir di bawah jambatan berkenaan mengalir terus ke Sungai Perlis. Pemandanga­n terowong yang sesetengah­nya diterangi lampu neon berwarna hijau menambah keunikan batu kapur Gua Kelam dan kelihatan seperti butiran mutiara bergemerla­pan.

 ??  ??
 ??  ?? Keindahan gua batu kapur Gua Kelam terserlah disimbahi lampu neon berwarna hijau. Foto Zubir Mohd Yunus
Keindahan gua batu kapur Gua Kelam terserlah disimbahi lampu neon berwarna hijau. Foto Zubir Mohd Yunus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia