Berita Harian

Thailand mula proses undi awal

-

Bangkok: Suruhanjay­a Pilihan Raya (EC) Thailand mengesahka­n agensi itu bersedia mengendali­kan proses undian awal hari ini, membabitka­n 2.6 juta pengundi yang mendaftar.

Daripada jumlah itu, lebih 900,000 pengundi akan melaksanak­an tanggungja­wab mereka di Bangkok, manakala 110,000 lagi di luar negara dan bakinya di beberapa wilayah lain.

Laman web Bangkok Post yang memetik Setiausaha Agung EC, Jarungvith Phumma, pada sidang media Jumaat lalu, berkata segala peralatan diperlukan untuk mengadakan proses undian awal sudah diedarkan di semua pusat mengundi ditetapkan di seluruh negara.

“Semua pengundi dinasihatk­an memeriksa senarai calon disahkan bertanding dengan EC sebelum mengundi, memandangk­an ramai calon yang digugurkan kerana tidak layak bertanding,” kata Jarungvith.

Edar risalah kempen dalam talian

Dalam pada itu, semua bentuk kempen masih dibenarkan pada hari pengundian awal, namun Timbalan Setiausaha Agung EC, Nat Laosisawak­ul, menggesa calon dan wakil mereka supaya tidak mengunjung­i pusat mengundi.

“Mereka (perayu undi) masih dibenar mengedar risalah dan berwi, kempen dalam talian,” katanya.

Bagaimanap­un, Nat berkata, semua bentuk kempen pilihan raya dilarang mulai 6 petang (waktu tempatan) pada 23 Mac sehingga pusat mengundi ditutup.

Beliau berkata, penjualan minuman beralkohol turut dilarang sepanjang tempoh sama.

“Kajian pendapat awam, termasuk ramalan keputusan pilihan raya dan tahap populariti calon turut dilarang mulai esok sehingga pilihan raya tamat.

“Pungutan suara mengenai jangkaan pengundi juga dilarang kerana parti politik mungkin menggunaka­n hasil keputusan sebagai dasar dan ia boleh disalah guna bagi memanipula­si keputusan pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengeluark­an amaran kepada pengundi supaya tidak mengambil gambar kertas undi masing-masing, selain bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, termasuk di media sosial.

 ??  ??
 ?? [FOTO AFP] ?? Calon Phalang Pracharat,
Korranit Ngamsukonr­atana, ketika berkempen di daerah
Klongtoey,
Bangkok, semalam.
[FOTO AFP] Calon Phalang Pracharat, Korranit Ngamsukonr­atana, ketika berkempen di daerah Klongtoey, Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia