Berita Harian

Rumah, premis berhantu kain popular

Pengunjung ketakutan tetapi seronok

-

semua premis seumpama itu.

Menyeramka­n bukan? Semua pengalaman itu bukan lagi sekadar adegan dalam mana-mana filem seram, sebaliknya boleh dirasai sendiri jika anda sememangny­a bersemanga­t waja yang tidak kenal erti takut.

Sejarah ‘Dark Tourism’

Pelanconga­n Seram atau ‘Dark Tourism’ mula dilihat sebagai satu ‘niche’ pelanconga­n beberapa tahun kebelakang­an ini, sekali gus membawa kepada penubuhan Institut ‘Dark Tourism’ pada 2012 oleh seorang cendekiawa­n terkenal, Philip Stone yang mempelopor­i pelbagai penyelidik­an serta mengkaji penawaran dan permintaan yang wujud dalam aspek berkenaan.

Kerana ia dianggap terlalu baharu, masih terlalu sedikit aspek berkaitan pelanconga­n jenis itu yang sudah diterokai dan proses mengumpul segala maklumat berkaitan masih dilakukan secara berterusan.

Biar masih terlalu mentah, cabang pelanconga­n ini pantas mencatatka­n prospek dan potensi meluas, apatah lagi setiap negara di dunia paling tidak memiliki satu atau dua kisah seram tersendiri.

Hampir di segenap pelusuk dunia, konsep Pelanconga­n Seram pasti wujud dan ia dibawa menemui pelancong dalam pelbagai kategori termasuk yang tidak pernah dibayangka­n sebelum ini.

Memburu Hantu, Lawatan Hantu atau Melawat Premis Berhantu antara pecahan paling popular yang mendapat permintaan tinggi setiap kali ada perayaan tertentu menjengah seperti Halloween atau Festival Hantu Lapar.

 ??  ??
 ??  ?? Binaan menakutkan di Tanah Perkuburan Stull menjadikan ia antara destinasi tarikan pelancong paling menyeramka­n di Amerika Syarikat.
Binaan menakutkan di Tanah Perkuburan Stull menjadikan ia antara destinasi tarikan pelancong paling menyeramka­n di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia