Berita Harian

Gergasi teknologi diminta henti siar rakaman

-

London: Gergasi teknologi digesa segera menghentik­an penyebaran rakaman siaran langsung penstriman insiden pembunuhan 49 mangsa di dua masjid New Zealand yang disifatkan sebagai serangan pengganas pertama, yang direka khusus untuk platform media sosial.

Berikutan itu, Setiausaha Dalam Negara Britain, Sajid Javid, mengutuk kegagalan firma teknologi menghentik­an penularan klip video berdurasi 17 minit selepas lebih 10 jam dimuat naik suspek, Brenton Tarrant ketika melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam ketika menunaikan solat Jumaat.

Dalam komen balas kepada kenyataan Youtube memadamkan visual daripada platform gergasi teknologi itu, Javid berkata, Youtube, Google, Facebook dan Twitter harus lebih berusaha menghentik­an fahaman melampau pengganas yang dipromosi menerusi platform itu.

“Buktikan platform ini milik kamu. Cukuplah (hentikan penularan video),” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan Dewan Rakyat, Damian Collins, pula berkata serangan itu seolaholah ‘serangan pengganas yang direka khas untuk media sosial’ dan membuktika­n wujud keperluan undang-undang berkanun terhadap pengedaran kandungan dalam talian menerusi rangkaian media sosial.

“Ia bagaikan penularan jangkitan menerusi rangkaian media sosial, diburukkan lagi dengan bantuan algoritma (platform) mereka.

“Firma teknologi perlu melaksanak­an audit besar-besaran untuk melihat siapa yang berkongsi filem ini dan bagaimana ia dikongsika­n.

“Ada kumpulan yang sengaja menyebarka­nnya, maka akaun terbabit seharusnya ditutup segera,” katanya.

Tarrant, 28, dari Grafton, Australia, dilaporkan sengaja berkongsi video ketika melepaskan tembakan rambang itu menerusi Facebook selepas memuat naik pautan 73 halaman manifesto di 8chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia