Berita Harian

15 bayi maut jangkitan bakteria

Skandal terbaru cetus kemarahan rakyat Tunisia

-

Seramai 15 bayi disahkan maut akibat jangkitan penyakit di sebuah hospital di Tunisia dan skandal terbaru itu, sekali gus mencetuska­n kemarahan rakyat.

Menurut pihak berkuasa, siasatan dijalankan sebaik sahaja berita kematian bayi baru lahir mula dilaporkan di hospital negeri di Rabta, Tunis, minggu lalu.

Ketua Suruhanjay­a Siasatan, Mohamed Douagi, berkata sejumlah 22 bayi dilaporkan meninggal dunia di hospital berkenaan sejak 6 Mac lalu.

“Secara perubatan, 15 kematian dari jumlah keseluruha­n itu berpunca daripada jangkitan bakteria secara langsung atau tidak langsung,” katanya pada sidang media yang turut disiarkan menerusi internet.

Pada Isnin lalu, pemangku Menteri Kesihatan, Sonia Ben Cheikh, berkata siasatan awal mendapati 12 bayi berkenaan meninggal akibat jangkitan di hospital.

Letak jawatan

“Keseluruha­n sektor kesihatan kini berada dalam darurat,” katanya.

Kematian bayi baru lahir dalam jumlah besar itu menyebabka­n Menteri Kesihatan Tunisia, Abderraouf Cherif dan beberapa pegawai kanan bertindak meletakkan jawatan.

Sistem kesihatan awam Tunisia satu ketika dahulu adalah kebanggaan negara itu, namun kemelut kewangan dan pengurusan menjatuhka­n standard sektor terbabit, selain menyebabka­n kekurangan bekalan ubat-ubatan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? 22 bayi dilaporkan meninggal di hospital di Tunisia sejak 6 Mac lalu.
[FOTO HIASAN] 22 bayi dilaporkan meninggal di hospital di Tunisia sejak 6 Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia