Berita Harian

Rangka dalam 19 beg plastik

-

Mexico City: Satu siasatan sedang dijalankan susulan penemuan rangka manusia dalam 19 beg plastik di Jalisco, barat Mexico yang terkenal dengan ancaman keganasan kumpulan jenayah.

Pejabat peguam negeri Jalisco semalam, berkata pakar forensik sedang berusaha menentukan sama ada beg plastik berkenaan mengandung­i rangka tubuh yang lengkap dan jika mangsa pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

Pihak berkuasa menemui semua beg terbabit Khamis lalu, di sungai kumbahan dalam kawasan perbandara­n Ixtlahuaca­n de los Membrillos, kira-kira 41 kilometer di selatan ibu negeri, Guadalajar­a.

“Namun, usaha mencari ditangguhk­an pada malam Khamis atas faktor keselamata­n dan disambung semula pagi Jumaat,” kata pegawai di pejabat peguam negeri yang enggan dikenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia