Berita Harian

Semakin ramai lelaki bedah plastik

-

Illinois: Kajian Persatuan Pakar Bedah Plastik Amerika Syarikat (AS) mendapati, semakin ramai lelaki melakukan pembedahan plastik dan prosedur kosmetik untuk meningkatk­an penampilan fizikal serta merangsang keyakinan mereka.

Secara tradisi, imej tubuh dan isu penampilan dikaitkan dengan wanita, namun ia semakin biasa di kalangan lelaki.

Menurut laporan itu, lebih 1.3 juta prosedur kosmetik dijalankan terhadap lelaki di AS pada 2017.

“Lelaki juga bercakap mengenai pembedahan plastik dan hasilnya, ketika stigma berkaitan isu itu kian berkuranga­n dengan semakin ramai lelaki bertanyaka­n apa prosedur sesuai bagi mereka,” kata Dr Lorelei Grunwaldt dari persatuan berkenaan.

Katanya, beliau boleh melihat bagaimana air muka pelanggan lelaki nampak lega, selepas menjelaska­n pilihan pembedahan plastik yang ada.

Sebagaiman­a wanita, lelaki melakukan pembedahan plastik pada tubuh untuk memberi perbezaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia