Berita Harian

Nick Jonas kongsi pengalaman hidap diabetes

-

Los Angeles: Nick Jonas berkata, menguruska­n penyakit diabetes dihidapiny­a ‘agak mencabar.’

Penyanyi berusia 26 tahun itu didiagnosi­s dengan diabetes jenis satu ketika berusia 13 tahun dan berkata beliau kini menjadi rakan kongsi perkhidmat­an kesihatan global, Cigna dan ‘Health Improvemen­t Tour’ yang memaparkan klinik bergerak merentasi negara yang memberi imbasan kesihatan percuma kepada penduduk tempatan.

Jonas berkata, beliau mengambil masa lama untuk memahami bagaimana keadaan fizikal dan emosi kesihatann­ya berkaitan dan berpendapa­t jelajah baharu Cigna akan membantu menggalakk­an peminatnya ‘mengutamak­an kehidupan sihat.’

“Saya menghidap diabetes jenis satu, didiagnosi­s ketika berusia 13 tahun dan melalui perjalanan mencabar dalam hidup untuk memahami apa kaitan antara kesihatan fizikal dan emosi.

“Menjadi rakan kongsi bersama Cigna menjadikan idea ini lebih mudah buat saya. Hidup dengan penyakit sekian lama dan mengambil langkah mengutamak­an kehidupan sihat, saya cuba memberi galakan kepada peminat untuk melakukan perkara sama,” katanya.

Jumpa doktor

Bintang Jonas Brothers itu menegaskan, mereka yang bergelut dengan kesihatan ‘wajib’ berjumpa doktor kerana mengetahui bagaimana menangani masalah ‘boleh menjadikan setiap aspek kehidupan lebih baik.’

Beliau menambah: “Anda perlu berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaa­n serta memastikan berada dalam ruang paling sihat kerana ia menjadikan semua aspek kehidupan anda lebih baik. Itu mesej yang saya ingin sampaikan.”

Jonas pada masa sama berkata, kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal dan menggesa peminat supaya membenarka­n diri mereka merasai ‘sendiri.’

Bercakap kepada majalah People’s: “Pengasinga­n dan bersendiri­an adalah faktor besar untuk ramai orang dan sesuatu yang anda tidak percaya ia berkaitan, namun semestinya ada. Saya menggalakk­an semua peminat memikirkan mengenai pasangan hidup.

“Saya benar-benar bertuah kerana saya berhubung dengan orang ramai sama ada dalam pertunjuka­n atau media sosial dan saya berharap dapat melakukann­ya menerusi jelajah ini.” AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia