Berita Harian

Pawang Indet penunduk Sang Bedal Sarawak

Tangkap reptilia ganas guna ‘tamparan berbisa’

- Oleh Kandau Sidi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad cnews@nstp.com.my

Jika Steve Irwin dari Australia terkenal dengan kepakarann­ya menangkap buaya ganas menggunaka­n pelbagai kelengkapa­n moden, Sarawak juga tidak kurang hebatnya kerana memiliki pemburu buaya berpengala­man dikenali sebagai Pawang Indet.

Kehebatan Pawang Indet atau nama sebenarnya, Indet Sanabong, 53, cukup dikagumi, terutama dalam kalangan keluarga atau waris mangsa buaya di negeri ini, kerana dengan hanya menggunaka­n tangan dan kudratnya, selain sedikit ‘jampi’ untuk menewaskan Sang Bedal.

Buaya yang pernah menyerang atau membaham manusia pasti menjadi jinak sebaik terkena ‘tamparan berbisa’ beliau, seterusnya ‘menyerah diri’ untuk ‘dihukum’ atas kesalahann­ya.

Malah, buaya yang terkena tamparan tangannya akan segera menjadi tenang, tidak melawan dan dapat diikat dengan mudah untuk dijinakkan.

Jinakkan 100 buaya

Bagi pawang yang sudah menjinakka­n lebih 100 reptilia itu, termasuk ‘Bujang Seblak’ yang membaham dua penduduk di Roban, Saratok, buaya yang ‘ditampar’ atau terkena sentuhan tapak tangannya akan menyerah kalah, terutama buaya ‘berdosa’ yang menyerang manusia.

Berkongsi pengalaman­nya, Indet berkata, mana-mana buaya yang memakan atau menyerang manusia akan ditimpa musibah, serta menerima balasan setimpal dengan perbuatan kejamnya.

“Setiap buaya yang menjamah daging manusia akan ‘tulah’ (berdosa) dan pasti akan menerima hukuman mati disebabkan perbuatann­ya itu.

“Buaya itu akan mudah dijerat dengan pancing, biasanya diumpan dengan monyet, ayam, biawak atau daging mentah yang lain,” katanya.

Tali yang biasa digunakan ialah rotan, kerana ia lebih tahan lama bagi menahan renggangan ketika ditarik kuat oleh reptilia itu apabila memasuki air atau berguling, berbanding tali lain.

“Rotan lebih kenyal dan tidak mudah putus. Buaya mudah lemah dan menyerah apabila ditarik dengan tali rotan,” katanya.

Mengikut kepercayaa­n masyarakat Dayak di Sarawak, buaya kebiasaann­ya tidak menyerang manusia sesuka hati, kecuali individu terbabit pernah memakan daging buaya.

Elak bunuh buaya

“Bagi orang Dayak khususnya masyarakat Iban yang masih bergantung kepada sungai, mereka akan cuba mengelak membunuh buaya kecuali keluarga berkenaan pernah diserang buaya.

“Dendam di antara buaya dan manusia tidak akan berakhir selagi tidak dilakukan upacara ‘miring’ bagi menghentik­an pergaduhan keduadua pihak. Itu kepercayaa­n lama yang masih banyak diamalkan di Sarawak,” katanya.

Konflik manusia, buaya

Bagaimanap­un, beliau tidak menolak kemungkina­n konflik di antara buaya dan manusia berlaku disebabkan pelbagai faktor lain, termasuk kekurangan tempat pembiakan buaya berikutan banyak kawasan hutan dan paya ditebang untuk tujuan pertanian.

Mengenai masa depan dan kerjaya menangkap buaya, Indet berkata, tidak banyak generasi muda mahu berkecimpu­ng dalam pekerjaan itu kerana ia tidak menjanjika­n pulangan lumayan seperti bekerja di pejabat, selain faktor gentar berdepan ‘Sang Bedal.’

“Walaupun kerajaan sudah memberi peluang atau mengeluark­an permit untuk memburu reptilia itu, tidak ramai yang berminat,” katanya.

Bagi orang Dayak khususnya masyarakat Iban yang masih bergantung kepada sungai, mereka akan cuba mengelak membunuh buaya kecuali keluarga berkenaan pernah diserang buaya. Dendam di antara buaya dan manusia tidak akan berakhir selagi tidak dilakukan upacara ‘miring’ bagi menghentik­an pergaduhan kedua-dua pihak” Indet Sanabong, Pemburu buaya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Seekor buaya yang menyerang penduduk di Sungai Seblak, Miri, berjaya ditangkap.
Seekor buaya yang menyerang penduduk di Sungai Seblak, Miri, berjaya ditangkap.
 ??  ?? Indet menunjukka­n cara menyeru buaya.
Indet menunjukka­n cara menyeru buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia