Berita Harian

‘20 minit dalam mulut buaya’

- Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Hamden Mohammad mengenai konflik manusia dan buaya dalam siri kedua laporan khas, esok.

Miri: 20 minit! Itu tempoh cukup mendebarka­n bagi nelayan, Anuar Sulaiman, 43, antara mangsa serangan buaya yang terselamat di Sarawak.

Malah, bapa kepada lapan cahaya mata itu menyifatka­n tempoh berkenaan sebagai ‘antara hidup atau mati’ apabila diserang buaya ganas ketika mencari rezeki di Sungai Seblak, Saratok, empat tahun lalu.

“Selama 20 minit kaki saya berada dalam mulut buaya. Selama itu jugalah saya bertarung nyawa bagi mengelak dibaham reptilia itu. Syukur, Tuhan masih memanjangk­an nyawa saya,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n dirinya cukup bertuah dan diberikan ‘peluang kedua’ untuk meneruskan kehidupan walaupun terlantar lebih sebulan di Hospital Saratok.

Peristiwa itu terpahat kukuh dalam memorinya walaupun sudah empat tahun berlalu.

Malah, beliau tidak sedikit pun gentar ke Sungai Seblak, untuk menangkap ikan bagi menyara kehidupan lapan anaknya.

Mengimbas kembali detik hitam itu, beliau berkata, insiden berlaku ketika beliau bersama beberapa rakan dan keluargany­a menangkap ikan dan udang menggunaka­n pukat tradisiona­l dikenali sebagai ‘belat’ dalam kalangan penduduk tempatan.

“Sebaik memeriksa ‘belat’ sekitar jam 9 malam, saya naik ke perahu, berkemas untuk pulang ke rumah. Naik sahaja ke perahu, saya pun membersihk­an kesan lumpur pada kaki. Saya hulur kaki ke tepi perahu.

Berpaut pada perahu

“Sejurus tapak kaki mencecah permukaan air, kaki saya terus disambar buaya dan saya terjatuh ke sungai. Mujur kedua-dua tangan sempat berpaut pada dinding perahu,” katanya.

Dalam pergelutan itu, Anuar sempat menjerit meminta pertolonga­n rakannya, yang segera mengambil buluh merejam ke arah kepala buaya yang masih membaham kakinya.

“Saya tiada ikhtiar lain kecuali tekad tidak melepaskan tangan pada perahu bagi mengelak diheret masuk ke dalam sungai. Perahu saya diheret lebih 20 meter ke tengah sungai, malah dengan kudrat yang ada, memang tidak terlawan kekuatan buaya itu.

“Rakan dan saudara saya yang menggunaka­n perahu berasingan tanpa henti merejam kepala buaya menggunaka­n buluh.

“Mungkin disebabkan rejaman itu terkena mata buaya, reptilia itu terus melepaskan kaki saya dan saya segera naik semula ke perahu menyelamat­kan diri,” katanya.

Beliau bersyukur kerana tanpa pertolonga­n rakannya yang berada di lokasi kejadian, dia sudah pasti tidak dapat menyelamat­kan diri daripada serangan reptilia ganas itu.

Buaya yang menyerangn­ya itu terus mengejar perahu yang mereka naiki sehingga ke jeti di Kampung Melayu Roban.

Beliau menganggar­kan buaya itu sepanjang lebih empat meter dan masih berkeliara­n di sungai sama sehingga sekarang.

 ??  ?? Anuar ditemani abangnya, Endoi mendapatka­n rawatan di Hospital Sri Aman selepas diserang buaya di Sungai Seblak, Saratok, empat tahun lalu.
Anuar ditemani abangnya, Endoi mendapatka­n rawatan di Hospital Sri Aman selepas diserang buaya di Sungai Seblak, Saratok, empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia