Berita Harian

Takaful urus risiko ikut prinsip syariah

-

Dewasa ini ramai menghadapi masalah perbelanja­an melebihi pendapatan dan berbelanja melebihi kemampuan. Perancanga­n kewangan perlu dibuat awal bulan, malah mengenal pasti antara keperluan dengan kehendak dan menilai semula senarai perbelanja­an bulanan. Keperluan hakiki ialah perbelanja­an wajib demi meneruskan kelangsung­an hidup.

Dalam menghadapi ekonomi semasa, kita patut mengira belanjawan seluruh isi rumah dan tidak memfokuska­n kehendak hati sendiri. Sebaiknya buat persediaan kewangan masa hadapan dengan mengutamak­an keperluan benar-benar mendesak seperti persediaan perlindung­an kewangan jika berlaku musibah yang memberi kesan kepada keluarga.

Skim perlindung­an takaful antara kaedah pengurusan risiko efektif yang dapat memenuhi keperluan ummah masa kini. Malah, peserta juga dijamin dengan konsep patuh syariah berbeza dengan insurans, iaitu tidak mengandung­i riba, gharar (ketidakpas­tian) dan maisir (judi), sekali gus menguntung­kan duniawi dan ukhrawi.

Dengan menyertai pelan perlindung­an takaful, individu sebenarnya menyertai sistem tabungan berkumpula­n untuk jangka masa panjang. Konsep tabungan melalui pelan takaful adalah melalui sumbangan bersama sekumpulan peserta takaful seperti tafsiran Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Takaful, sistem berteraska­n prinsip syariah menjamin prinsip ‘ketelusan dan keadilan’ demi memastikan semua pihak berurusan tidak tertindas. Prinsip utama dalam takaful ialah semua pihak menyertai kontrak dapat berasa manfaat dan tidak berasa sebarang keraguan atau rasa tertipu seperti membayar sesuatu dengan harga mahal, tetapi tidak mendapatny­a atau barang hanya dijanjikan jika berlaku sesuatu musibah ke atas diri atau hartanya.

Ada yang menolak kepentinga­n pelan perlindung­an takaful dan memandangn­ya remeh sedangkan jika dikaji lebih mendalam, ia dikira keperluan sangat penting untuk dimiliki. Ramai tidak memahami konsep takaful sering memandang urus niaganya sekadar perniagaan untung rugi antara syarikat dengan pelanggan. Ia perlu dimiliki kerana banyak faktor berkait kemaslahat­an individu, keluarga dan masyarakat.

Risiko ada di mana-mana dan bakal menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kita sentiasa berhadapan risiko sama ada di laut, udara atau darat seperti risiko kematian, kemalangan, penyakit kritikal serta kelumpuhan. Risiko penyakit dihidapi bayi dan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa, sekali gus anggaran kos perubatan jauh berbeza kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi risiko mendapat penyakit. Risiko datang tanpa dijangka bertepatan pepatah ‘sedia payung sebelum hujan.’

Ia bertepatan skim perlindung­an takaful yang menjadi syarat utama mendapat perlindung­annya ialah ‘mesti dilindungi sebelum kejadian itu berlaku.’ Ketua keluarga ialah pencari nafkah utama hingga kehilangan sumber pendapatan akan memberi impak besar kepada keluarga. Ketua keluarga sebaiknya tidak meninggalk­an beban atau banyak hutang keluarga selepas tiada lagi.

Sebaiknya wariskan harta dan bukan hutang dengan memilih pelan takaful sebagai perlindung­an sumber pendapatan. Kaedahnya menjadi instrumen untuk penggantia­n pendapatan bagi mendapat manfaat kematian atau hilang upaya kekal. Justeru, perancanga­n kewangan sekurangku­rangnya dapat memastikan kelancaran hidup waris dan jaminan kesenangan.

Saling membantu amalan mulia dituntut semua agama. Kontrak takaful berasaskan tabarruk (derma) dan ta’awun (tolong-menolong) dengan semua peserta menyertai pelan bersetuju untuk saling menolong serta menjamin ketika ditimpa musibah atau kemalangan. Penerapan konsep tabarruk dan ta’awun menghapusk­an sikap ‘keakuan’ apabila menyemarak­kan rasa kasih sayang sesama saudara dengan membantu tanpa sedar saudara mereka. Konsepnya berteraska­n kontrak ‘derma’ sebenarnya lebih telus dan jelas, sekali gus berbeza dengan insuran konvension­al berteraska­n kontrak jual beli.

Justeru, masyarakat hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk memiliki pelan perlindung­an takaful dan perlu bijak membuat perancanga­n pengurusan kewangan untuk kesenangan semua pihak.

Wan Jemizan

W Deraman dan Khuzama Ab Rahaman

Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Keluarga

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia