Berita Harian

Food Bank kurang beban asnaf

Orang ramai boleh beri sumbangan bahan keperluan untuk diagih

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin dan Latifah Arifin bhnews@bh.com.my

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Peribahasa itu amat sesuai untuk dikaitkan dengan golongan asnaf yang tersepit dalam desakan ekonomi semasa.

Ada antara mereka tidak mampu menyediaka­n tempat tinggal untuk keluarga dan terpaksa berlapar kerana kekangan hidup terus menghimpit.

Justeru, antara kewajipan kepada umat Islam adalah membantu golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan dengan sokongan jitu, selain menghulurk­an sedekah dalam apa juga bentuk mengikut keperluan mereka.

Daripada Abu Hurairah RA berkata Nabi Muhammad SAW bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila dia mendapat sesuatu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua kurma, dia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu mencukupi sara hidupnya. Dia pula malu meminta bantuan orang ramai dan masyarakat pula tidak mengetahui keadaan penderitaa­nnya untuk diberi bantuan.” (HR Ahmad)

Justeru, bagi membantu asnaf yang tinggal di Wilayah Persekutua­n, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta melancarka­n JAWI Food Bank di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di sini.

Melalui program itu, pihak yang ingin terbabit sama boleh menyumbang apa sahaja jenis makanan termasuk bahan keperluan asas dan bahan mentah untuk diagihkan.

Beri kesedaran isu pembaziran

Sementara itu, Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, berkata inisiatif itu bukan sahaja untuk meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an, bahkan menyedarka­n masyarakat mengenai isu pembaziran makanan di negara ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, program Food Bank Malaysia ini diterajui Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“JAWI amat berbesar hati untuk sama-sama melebarlua­skan usaha murni ini bagi meringanka­n beban kos sara hidup rakyat, terutama sekali golongan kurang berkemampu­an di Wilayah Persekutua­n,” katanya.

Majlis Pelancaran JAWI Food Bank disempurna­kan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Ajib berkata, bekalan makanan akan diagihkan kepada 150 asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) buat permulaan.

Lokasi asnaf yang dikenal pasti termasuk Kampung Baru dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) San Peng.

JAWI amat berbesar hati untuk sama-sama melebarlua­skan usaha murni ini bagi meringanka­n beban kos sara hidup rakyat, terutama sekali golongan kurang berkemampu­an di Wilayah Persekutua­n” Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID /BH] ?? Fuziah (tengah) dan Mohd Ajib beramah mesra dengan penerima sumbangan selepas melancarka­n JAWI Food Bank di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ROSDAN WAHID /BH] Fuziah (tengah) dan Mohd Ajib beramah mesra dengan penerima sumbangan selepas melancarka­n JAWI Food Bank di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia