Berita Harian

Lebih berhati-hati

-

Bergelar pembaca berita Buletin Utama sejak 1 Januari lalu. Menjadi wajah mewakili jenama kosmetik Anas sejak 2017. Sebelum menyertai dunia penyiaran, wanita muda ini sudah pun memilih pengikutny­a sendiri di laman sosial. Dia sendiri tidak menjangkak­an untuk mempunyai pengaruh hasil ledakan teknologi semasa.

“Mungkin suatu masa dahulu pembaca berita hanya dikenali menerusi medium televisyen sematamata, ataupun hasil pendedahan di akhbar serta majalah.

“Sekarang, dengan perkembang­an dunia media sosial, bukanlah sesuatu yang menghairan­kan atau pelik jika ada orang yang dikenali menerusi medium terbabit, berbanding kaca televisyen. Saya percaya, semuanya mempunyai kelebihan dan sebaliknya.

“Saya sendiri mengambil masa untuk menyesuaik­an diri dengan situasi demikian. Saya perlu belajar berdepan dengan kritikan dan macam-macam lagi. Apabila orang mula mengenali kita, maka pembawaan diri juga perlu dijaga,” katanya.

Tegasnya, kemasyhura­n yang dikecapi menerusi media sosial juga bukan tiket untuk mendabik dada. Katanya, dia masih begitu baharu di bidang terbabit dan harus sentiasa merendah diri.

 ??  ?? Pengasas Anas Cosmetics, Mohamad Anas Zahrin (kiri) bersama Hawa Rizwana (kanan), Intan Liyana (dua dari kanan) dan Ayda Jebat pada pelancaran Anas Soft di Kuala Lumpur.
Pengasas Anas Cosmetics, Mohamad Anas Zahrin (kiri) bersama Hawa Rizwana (kanan), Intan Liyana (dua dari kanan) dan Ayda Jebat pada pelancaran Anas Soft di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia