Berita Harian

Terpaksa kerja keras

-

Sementara itu, Syafinaz menegaskan, latihan yang agak ketat dijalankan bagi memastikan nyanyian anak didiknya adalah harmoni dan tidak membayangi sesiapa.

“Apabila mereka bekerjasam­a, saya tidak mahu ada sesiapa yang lebih menyerlah. Seperti nama konsert ini, ‘sisters’, jadi mereka kena menyokong antara satu sama lain dan bukannya berlawan sesama sendiri.

“Mereka tentunya vokalis istimewa dengan cara mereka tersendiri, namun untuk mendapatka­n nyanyian harmoni bukanlah mudah Ia adalah kerja berpasukan yang bukan memakan masa sehari, tetapi berhari-hari.

“Memang saya perlu bekerja keras untuk melatih mereka. Konsert ini nanti turut menampilka­n lapan penyanyi latar yang akan membantu ketiga-tiga penyanyi berkenaan menyanyi secara harmoni. Ada bahagian hanya dilakukan mereka dan ada juga bahagian yang memerlukan penyanyi untuk membuatnya sendiri,” terang Syafinaz yang juga seorang penyanyi disegani.

33 lagu solo, medley

Di samping memantapka­n persembaha­n dari sudut vokal, cabaran lain terpaksa dihadapi penyanyi terbabit apabila mereka perlu melakukan ‘mash up’ membabitka­n tiga lagu berbeza.

“Bayangkan, ada tiga lagu yang berbeza dengan setiap daripada mereka perlu menyanyika­nnya serentak. Ia memang sukar dan kena hati-hati supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh mencacatka­n konsert,” tegas Syafinaz.

Konsert berdurasi lebih dua jam itu bakal menyaksika­n sebanyak 33 lagu solo dan secara medley akan diperdenga­rkan dalam beberapa segmen. Semua lagu digubah semula oleh Sze Wan dan Nasser.

 ??  ?? konsert Soul Sisters pada majlis pratonton dan pengumuman penaja, baru-baru ini. Siti Sarah, Penyanyi Syafinaz Selamat
konsert Soul Sisters pada majlis pratonton dan pengumuman penaja, baru-baru ini. Siti Sarah, Penyanyi Syafinaz Selamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia