Berita Harian

48 pasukan bertanding semakin cerah

-

Miami: Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) bergerak selangkah untuk mengembang­kan Piala Dunia 2022 di Qatar kepada 48 pasukan dan berharap dapat mengesahka­n pelan berkenaan jika penganjur bersama berjaya diperoleh.

Satu kajian dalaman menyokong cadangan berkenaan, yang sebelum ini disokong penuh oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino dengan beliau, kelmarin mendapat sokongan oleh Ahli Majlis badan induk itu pada mesyuarat di sini.

Keputusan akhir mengenainy­a akan diputuskan di Paris pada 6 Jun ini selepas FIFA dan Qatar menyerahka­n senarai nama negara penganjur bersama yang berpotensi kepada Kongres badan induk itu.

Infantino yang turut mengesahka­n kejohanan baharu iaitu Piala Dunia Kelab yang menampilka­n 24 pasukan bagi menggantik­an Piala Konfederas­i pada 2021 memberitah­u perkembang­an berkenaan pada sidang media.

“Apa yang ada di depan kamu adalah Presiden FIFA yang gembira,” kata Infantino.

“Saya sentiasa gembira terutama pada hari ini kerana kami membuat beberapa keputusan yang penting. Kami memperoleh kesimpulan, ya, ada kemungkina­n untuk 48 berbanding 32 pasukan di Piala Dunia 2022 jika syaratsyar­at tertentu dipenuhi.

80 perlawanan

“Sejak kami memutuskan pada Januari 2017 yang kita sepatutnya meningkatk­an pasukan pada 2026, timbul permintaan daripada 10 persatuan di Amerika Selatan adakah kemungkina­n untuk melakukann­ya pada 2022.

“Kami mempunyai tanggung jawab untuk menelitiny­a, 90 peratus menyokong perkembang­an ini tetapi ia bukannya mudah. Kami perlu menganalis­a perkara ini dengan berhati-hati dan bekerja rapat dengan Qatar.”

Perubahan untuk menyenarai­kan 32 kepada 48 pasukan menyaksika­n jumlah perlawanan akan bertambah daripada 64 kepada 80 justeru ia bermakna Qatar memerlukan satu atau lebih lagi negara untuk membantu mereka menganjurk­annya.

Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilihat sebagai pilihan berpotensi tetapi pergolakan diplomatik menyaksika­n negara Teluk kecil itu diasingkan secara politik oleh ramai bekas sekutunya.

Bahrain, Arab Saudi dan UAE perlu menamatkan sekatan diplomatik terhadap Qatar yang dilancarka­n pada 2017 jika mahu terbabit, menurut kajian FIFA AFP

Saya sentiasa gembira terutama pada hari ini kerana kami membuat beberapa keputusan yang penting” Gianni Infantino, Presiden FIFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia