Berita Harian

Reds tak belanja besar lagi

-

London: Jurgen Klopp memberi bayangan Liverpool tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindaha­n musim panas nanti.

The Reds mengeluark­an dana sebanyak £140 juta (RM647.3 juta) bagi mendapatka­n Virgil van Dijk dan Alisson Becker pada tahun lalu yang memecah rekod bagi pertahanan serta penjaga gol termahal dunia ketika itu.

Selain itu, mereka turut mendapatka­n Naby Keita dari RB Leipzig dengan nilai £48 juta (RM221.9 juta) dan membeli Fabinho dari Monaco dengan perjanjian dianggarka­n £39 juta (RM180.3 juta).

Begitupun, pelaburan besar itu dianggap berbaloi dengan Liverpool ketika ini mempunyai rekod pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bersaing sengit dengan Manchester City bagi pemburuan gelaran.

Di pentas Eropah, kelab Merseyside itu juga mara ke suku akhir Liga Juara-juara menerusi kemenangan menakjubka­n ke atas Bayern Munich, minggu ini untuk bertemu Porto di peringkat lapan terbaik.

Sekali pun saingan liga masih berbaki dua bulan sebelum melabuhkan tirai, spekulasi sudah mula tercetus mengenai perancanga­n Liverpool musim depan tetapi bagi Klopp, beliau tidak berfikir kelab itu akan memecahkan lagi rekod perpindaha­n dalam masa terdekat.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai apa yang kami akan lakukan, tetapi saya tidak fikir ini adalah pasukan yang memerlukan kami berbelanja besar,” kata Klopp.

“Jalan yang paling baik adalah meningkatk­an persefaham­an mereka, cuba meningkat dan kekal bersamasam­a untuk satu jangka masa. Dan itulah mungkin masalah utama Liverpool sejak sedekad lalu.

“Apabila mereka memiliki pasukan yang baik selepas semusim, mereka kemudian mahu pergi ke serata dunia. Ia tidak akan berlaku pada tahun ini, saya boleh memberi jaminan.”

AGENSI

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia