Berita Harian

Iskandar Zulkarnain terkandas

Tunduk kepada wakil China di separuh akhir sekali gus menyaksika­n semua wakil negara tumpas

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur

Cabaran Malaysia pada saingan Masters China berakhir selepas pemain perseorang­an lelaki profesiona­l, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tewas pada aksi separuh akhir, semalam.

Dia yang menjadi wakil tunggal negara layak ke kelompok empat terbaik itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain, Liu Haichao 9-21, 22-20, 16-21 dalam tempoh 1 jam 15 minit.

Kekalahan itu menyaksika­n Iskandar yang meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun ini untuk bergerak secara profesiona­l terlepas peluang bagi menjadi pertama Malaysia menjuarai kejohanan yang mula diperkenal­kan sejak 2005 itu.

Bagaimanap­un, kejayaan mara sehingga separuh akhir kali ini membolehka­n dia memperbaik­i rankingnya yang ketika ini berada di kedudukan ke-125 dunia dengan dia masih memasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu,iskandarme­ngesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengalahka­n wakil Taiwan di peringkat suku akhir. Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanap­un terpaksa berentap sehingga ke rubber-set sebelum mengalahka­n pemain bukan pilihan, Yang Chih Chieh 13-21, 21-9, 21-12.

Haichao pula layak selepas menyingkir­kan rakan senegara, Gao Zhengze 21-13, 21-10.

Sementara itu, beregu lelaki profesiona­l, Chooi Kah Ming-low Juan Shen gagal ke separuh akhir selepas tewas 14-21, 16-21 kepada pilihan kelima dan wakil tuan rumah, Di Zijian-wang Chan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia