Berita Harian

Wilson pecah rekod kebangsaan

-

Kuala Lumpur: Langkah perenang sensasi negara, Welson Sim ‘berguru’ di Australia kian membuahkan hasil apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan 400m gaya bebas pada Kejuaraan New South Wales (NSW) di Sydney, semalam.

Perenang berusia 22 tahun itu mencatat 3 minit 49.29s untuk memenangi pingat perak termasuk memadamkan rekod lama miliknya 3:49.48s yang dilakar dalam saingan Mare Nostrum di Monaco, dua tahun lalu.

Jaguh Australia, Elijah Winnington yang menjadi sebahagian daripada kuartet gaya bebas pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018, memenangi emas dengan catatan masa 3:48.68s manakala juara Olimpik Rio 2016, Mack Horton di tempat ketiga dengan 3:50.94s.

Berikutan pencapaian itu menyaksika­n Welson berjaya melayakkan diri ke kejuaraan dunia di Gwang ju, Korea Selatan pada Julai ini di bawah tiket kategori B.

Namun, apa yang menakjubka­n persembaha­n hebatnya itu hadir ketika dia masih belum berada di tahap terbaik apalagi di awal musim.

Dia ketika ini menjalani latihan di Kelab Renang Melbourne Vicente, yang mana turut menjadi pusat latihan bagi Horton.

Ia bukan kali pertama Welson mengatasi Horton. Hanya dua minggu lalu dia menggondol dua emasdi Kejuaraan Terbuka Victoria di Melbourne termasuk mengatasi Horton dalam acara sama.

Justeru itu, Welson mahu terus menyimpan angan-angan lebih tinggi selepas ini untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Layak sekali lagi ke Sukan Olimpik menjadi sasaran saya. Saya mahu layak ke Olimpik atas kategori A dan kejuaraan dunia menjadi tempat sebenar melakukann­ya,” katanya.

 ??  ?? Welson Sim
Welson Sim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia