Berita Harian

Cheng Hoe tagih sokongan ‘pemain ke-12’

-

Kuala Lumpur: Kelibat ‘pemain ke12’ sekali lagi ditagih oleh skuad Harimau Malaya untuk membantu menyemarak­kan lagi semangat pemain pada aksi Piala Airmarine 2019 yang akan mula membuka tirainya, Rabu ini.

Selepas penyokong berjaya mencetuska­n ‘gelombang’ pada aksi Piala AFF 2018 khususnya pada aksi separuh akhir dan final, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengharapk­an situasi sama dapat disaksikan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi pertama dan kedua pada Sabtu.

Kehadiran beri motivasi

“Sokongan padu penyokong seperti pada aksi Piala AFF sekali lagi dinantikan oleh pemain skuad kebangsaan. Saya yakin kehadiran mereka dapat memberi motivasi yang cukup tinggi kepada anak buah saya.

“Saya lihat sokongan pemain juga dapat membantu meningkatk­an keyakinan pemain kerana saya tahu beraksi di hadapan penyokong sendiri, sudah tentu pemain sentiasa mahu memperagak­an aksi yang terbaik,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia