Berita Harian

Tidak perlu letak syarat beli pemain

FAM, MFL sepakat pasukan wajar diberi kebebasan buat pilihan ikut bajet, keperluan

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepakat betapa tiada keperluan untuk menetapkan sebarang syarat kepada pasukan dalam hal pengambila­n pemain import.

Kedua-dua entiti berkenaan berasakan pasukan perlu diberi kebebasan memilih selagi ia bertepatan dengan bajet serta keperluan.

“Tidak ada guna juga kalau kita buat garis panduan tetapi pasukan tidak ikut. Kesudahann­ya jurulatih, pengurusan dan pasukan itu sendiri kena bijak.

Kualiti seiring dengan harga

“Apa pun kualiti pemain perlulah seiring dengan harga yang mereka bayar. Pasukan perlu pandai menilai kerana apa pun yang MFL buat tetapi kalau pasukan itu tidak bijak berbelanja dan menilai, ia tetap gagal,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

BH Sukan sebelum ini melaporkan ‘kuasa beli’ pemain import dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini didakwa semakin berkuranga­n dengan majoriti daripada pasukan bertanding lebih berminat mendapatka­n pemain yang dilabel sebagai gred C dan D.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menganggar­kan gaji bagi pemain yang berada dalam dua gred berkenaan dianggarka­n antara USD3,000 (RM12,000) hingga USD 10,000 (RM40,800).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingga­m berkata adalah tidak adil untuk menilai pemain berdasarka­n pendapatka­n diperolehi.

Malah beliau menegaskan, sudah jadi kebiasaan buat mana-mana pasukan berbelanja mengikut keperluan dan kantung masing-masing.

“Ada pemain gaji kecil tetapi dapat beraksi baik. Kalau pilihan dia mengikut sasaran dan matlamat pasukan, kenapa kita perlu paksa mereka.

“Kita tengok pembelian Barcelona dan Real Madrid, adakah sama dengan pembelian Getafe atau pun Levante? Bolehkah kita katakan pemain Getafe dan Levante itu gred C atau D?

“Sebagai profesiona­l, kita beri kebebasan untuk pasukan memilih mengikut bajet dan target mereka,” kata Kevin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia