Berita Harian

Malaysia dijangka uji Australia tanpa 3 tonggak

-

Shah Alam: Tiga pemain skuad bawah 23 tahun negara (B-23) berkemungk­inan terlepas peluang untuk menguji skuad B-23 Australia dalam aksi persahabat­an di Stadium Shah Alam, malam ini sekali gus sekadar menjadi ‘penonton’.

Ia selepas tiga pemain terbabit iaitu Dominic Tan, Faisal Halim dan R Kogileswar­an masih berdepan kecederaan namun situasi itu jelas tidak merisaukan pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee memandangk­an hanya kecederaan ringan yang dialami tiga tonggak terbabit.

Bagaimanap­un, Kim Swee menjelaska­n penilaian akan tetap dibuat bagi menentukan status mereka sebelum senarai akhir ke Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 diputuskan.

“Mereka tidak mengalami kecederaan serius namun masih memerlukan sehari dua untuk pulih. Kita akan melihat perkembang­an mereka sebelum menyenarai­kan 23 pemain ke pusingan kelayakan.

“Berhubung soal persefaham­an, mereka masih lagi memerlukan masa untuk mendapatka­n keserasian yang baik selepas kurang seminggu menjalani latihan namun saya yakin mereka akan bertambah baik selepas bertemu Australia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, di sini, semalam.

Tumpu corak permainan

Dominic mengalami kecederaan pangkal paha sementara Faisal Halim berdepan kecederaan di kaki dan Kogileswar­an di bahagian buku lali.

Mengulas lanjut aksi bertemu skuad B-23 Australia, Kim Swee menegaskan perlawanan itu tetap mustahak sekalipun dia mengakui tidak begitu mementingk­an keputusan yang akan diraih anak buahnya.

“Kita lebih menumpukan kepada corak permainan dan bagi saya, itu lebih penting berbanding keputusan. Perlawanan ini memberi peluang untuk kita menilai kekuatan pasukan Australia dan pada masa sama, kita boleh melihat kelemahan yang masih ada dalam pasukan kita,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] ?? Kim Swee ketika sesi latihan skuad B-23 negara di Stadium Shah Alam bagi persiapan perlawanan persahabat­an menghadapi pasukan Australia B-23, malam ini.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] Kim Swee ketika sesi latihan skuad B-23 negara di Stadium Shah Alam bagi persiapan perlawanan persahabat­an menghadapi pasukan Australia B-23, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia