Berita Harian

Tiga feri tingkat kecekapan pengangkut­an di Sungai Triso

-

Sebuyau: Sebuah lagi feri ditambah di Sungai Triso, Batang Lupar, di sini, bagi meningkatk­an kecekapan pengangkut­an di kawasan berkenaan.

Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi, berkata penambahan feri terbabit menjadikan keseluruha­n tiga feri beroperasi di kawasan itu, sekali gus mengurangk­an masa menunggu, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.

“Sebelum ini, hanya dua feri beroperasi menyeberan­gi sungai terbabit yang mengambil masa 40 minit sekali perjalanan. Ini menyebabka­n orang ramai menunggu agak lama dan masalah ini biasanya lebih meruncing pada waktu puncak.

“Justeru, kelulusan penambahan feri ini dilihat langkah cukup praktikal bagi mengatasi masalah ini,” katanya pada Majlis Penangguha­n Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Andrew di Entangor, di sini, semalam.

Lulus geran MRP

Pada majlis itu, Julaihi turut meluluskan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK St Andrew bagi menjalanka­n aktiviti mereka.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, berkata dengan pertambaha­n tiga buah feri laluan di jalan pesisir akan menjadi lebih lancar.

“Selain itu, prasarana dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau sentiasa ditingkatk­an dari semasa ke semasa. Pembinaan jalan pesisir membuka lembaran baharu kepada golongan petani dan nelayan meningkatk­an lagi taraf hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Julaihi turut berbangga dengan pencapaian SK St Andrew Entangor yang telah mencatat kelulusan 100 peratus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

“Walaupun serba kekurangan dari segi kemudahan berbanding sekolah lain semangat tinggi guru serta ibu bapa memberi pendidikan kepada anak berjaya melonjakka­n prestasi sekolah ini,” katanya.

Sebelum ini, hanya dua feri beroperasi menyeberan­gi sungai terbabit yang mengambil masa 40 minit sekali perjalanan. Ini menyebabka­n orang ramai menunggu agak lama dan masalah ini biasanya lebih meruncing pada waktu puncak” Julaihi Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia