Berita Harian

UNIMAS, UTP teroka peluang kerjasama

-

Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) akan meneroka peluang kerjasama lebih strategik dengan fokus membida geran penyelidik­an secara bersama.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata perjanjian Memorandum Persefaham­an (MOU) antara UNIMAS dan UTP adalah rangka awal ke arah membuka dimensi baharu dalam aktiviti penyelidik­an dalam pelbagai bidang.

“Kita juga akan mengadakan kertas cadangan dan membida geran penyelidik­an secara kerjasama strategik, termasuk penganjura­n bersama seminar, persidanga­n dan syarahan umum, pertukaran dan penulisan serta penerbitan, selain mengeluark­an kertas penyelidik­an dalam jurnal terindeks dan berimpak.

“Kedua-dua pihak akan meneroka bidang penyelidik­an baharu yang bakal memberi impak signifikan terhadap masyarakat sejagat,” katanya ketika menghadiri Majlis Menandatan­gani MOU berkenaan di Rumah Universiti UNIMAS, semalam.

Kandungan MOU

Pada majlis itu, Mohamad Kadim mewakili UNIMAS manakala UTP diwakili Naib Canselorny­a, Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Antara kandungan MOU termasuk aktiviti pengajaran, penyelidik­an, pertukaran pelajar dan staf selain pelantikan pemeriksa luar untuk pelajar siswazah.

Mohamad Kadim ketika mengulas lanjut, berkata kerjasama penyelidik­an itu juga boleh dijadikan wadah membida geran penyelidik­an bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabang­sa.

“UNIMAS sangat menekankan kepentinga­n penyelidik­an, inovasi dan pengkomers­ilan sebagai sebahagian daripada indeks penanda aras (KPI) dalam melaksanak­an pendekatan pengajaran dan pembelajar­an berorienta­sikan penyelidik­an, aplikasi dan amalan yang menepati kehendak pasaran selain mampu memberi nilai tambah,” katanya.

 ?? [FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH] ?? Dr Mohamad Kadim (tiga dari kiri) dan Dr Mohamed Ibrahim bertukar dokumen pada MOU antara UNIMAS dan UTP di Kota Samarahan, semalam.
[FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH] Dr Mohamad Kadim (tiga dari kiri) dan Dr Mohamed Ibrahim bertukar dokumen pada MOU antara UNIMAS dan UTP di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia