Berita Harian

5,000 hektar tanam Musang King

-

Kota Kinabalu: Penanaman durian jenis Musang King, bakal dijadikan sebagai pendapatan utama Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia berikutan perancanga­n kerajaan negeri membangunk­an ladang seluas 5,000 hektar untuk tanaman durian jenis itu di Tawau.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof, yakin Sabah mempunyai potensi dalam pengeluara­n pertanian kerana memiliki kawasan tanah yang luas untuk industri itu.

“Kerajaan negeri merancang menyediaka­n 5,000 hektar untuk tanaman durian Musang King sebagai pendapatan utama kita dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mula projek tahun depan

“Pelan ini dikendalik­an di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan tempat sudah dikenal pasti di kawasan Tawau. Apabila perjanjian persefaham­an dimeterai kelak, ia mungkin dapat dimulakan mulai tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Auditorium Teratai, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah FAMA Sabah, Ribin Wahid dan 300 peserta hadir menyertai kursus itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, selaras dengan slogan Pertanian Adalah Perniagaan, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada pembanguna­n beberapa jenis tanaman termasuk durian Musang King dan buah-buahan tempatan lain yang menjadi kegemaran dan tarikan pelancong.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan yang menerapkan pendekatan ‘anchor-vendor’ dan membabitka­n penanaman durian Musang King selain tanaman nanas dan kelapa menjelang 2035.

“Usaha lain termasuk kaedah meningkatk­an eksport melalui penerokaan teknologi pemprosesa­n minimum, sejuk beku dan pembungkus­an persekitar­an terubah bagi memastikan tahap keselamata­n dan kualiti sentiasa terjamin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia