Berita Harian

Cubaan seludup telur penyu gagal

-

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalk­an cubaan menyeludup masuk 2,000 telur penyu dianggarka­n bernilai RM4,000 melalui perairan dekat Batu 2.5, di sini, petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, sepasukan anggota PPM yang membuat intipan dan pemantauan di kawasan itu mengesan beberapa lelaki dalam keadaan mencurigak­an di tempat pemunggaha­n hasil laut yang tidak diwartakan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata suspek melarikan diri ke hutan bakau sebaik menyedari kehadiran polis dan gagal dikesan.

Kes disiasat mengikut Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Sementara itu di Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 200 kilogram kerang hidup yang cuba diseludup dalam Ops Gelora di perairan Batu 3, Khamis lalu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, lelaki itu ditahan pada jam 9 pagi.

Katanya, suspek mengaku cuba menyeludup masuk kerang hidup itu dengan nilai pasaran dianggarka­n RM600 untuk dijual di pasar Tawau.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya.

Tawau,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia