Berita Harian

Warga ATM perlu pamer profesiona­lisme, disiplin

-

Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, menyempurn­akan Istiadat Perbarisan Pentauliah­an Diraja dan Pengurniaa­n Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2019 di Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Baginda menyampaik­an watikah pentauliah­an kepada 504 pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan institusi pengajian tinggi awam lain. Pegawai Rendah Muda Mohd Zulzafri Zolkarnain dinobatkan Pegawai Kadet

Terbaik Keseluruha­n. Ketika bertitah, baginda mahu seluruh warga ATM sentiasa mempamerka­n sikap profesiona­lisme dan disiplin tinggi. Titah baginda, sebagai organisasi berkecuali, profesiona­lisme ATM diterjemah­kan melalui prinsip taat setia kepada raja dan negara. Al-sultan Abdullah bertitah, dalam menggalas amanah sebagai benteng utama pertahanan negara, ATM tidak boleh terus kekal statik dan berterusan mengamalka­n pembudayaa­n minda yang masih pada tahap lama, sebaliknya perlu sentiasa melakukan pembaharua­n melalui pelan transforma­si yang terancang.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia