Berita Harian

Gurau kasar isu agama tak kena tempat

-

serangan di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand ketika solat Jumaat yang mengorbank­an 49 nyawa dan mencederak­an puluhan yang lain, kelmarin begitu berbekas di hati Belalang. Namun lebih menusuk apabila ada menggunaka­n insiden itu sebagai modal berpolitik.

Tidak kira orang biasa atau wakil rakyat, Belalang percaya ini bukan waktu ‘bergurau’ kasar dengan soal agama atau perkauman. Lebih teruk apa dimuat naik ke media sosial tidak berlandas kebenaran.

Selain itu, pihak berkuasa perlu juga pertimbang untuk menapis kemasukan permainan video berunsur keganasan ke negara ini. Belalang khuatir kalau ada anak muda terpengaru­h sehingga memilih mencuba aksi ganas itu di dunia nyata. Ia sangat berisiko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia