Berita Harian

Sudah jadi baru nak sibuk?

-

seminggu kisah perit warga Pasir Gudang diancam pencemaran sisa kimia menjadi perhatian. Kelmarin kisah itu berjangkit pula ke Selangor dan Pulau Pinang. Ia membuktika­n ada lagi belum insaf dan tidak sedar risiko menanti apabila memilih ‘bermusuh’ dengan alam.

Bagi Belalang, agensi bertanggun­gjawab perlu bertegas dalam soal berkaitan pencemaran alam. Kilang atau industri yang berurusan dengan bahan kimia wajib dipantau rapi, lebih-lebih lagi yang berpotensi membuang sisa toksik.

Cukuplah apa yang berlaku di Pasir Gudang menjadi pengajaran semua. Jangan kerana sikap sambil lewa dalam pemantauan, nyawa orang awam menjadi taruhan. Andai ia berulang, nak sibuk cari punca pun dah tak guna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia