Berita Harian

Rakyat New Zealand berkabung

Jamin haram penggunaan senjata separa automatik

-

Seorang kanak-kanak lelaki meletakkan jambangan bunga di Taman Botanikal di Christchur­ch, New Zealand bagi memperinga­ti 49 mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, menjelang solat Jumaat, kelmarin. Suspek, Brenton Tarrant dihadapkan ke mahkamah, semalam atas tuduhan membunuh. Gambar kecil, Pesuruhjay­a Polis New South Wales, Mick Fuller (tengah) bertemu dengan imam dan ketua masyarakat Islam di Sydney, Australia, berikutan serangan pengganas di Christchur­ch.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berikrar untuk mengetatka­n undang-undang senjata api negara itu.

Jaminan dibuat selepas pihak berkuasa mendapati suspek insiden tembakan rambang di dua masjid di sini, memiliki senjata api secara sah, termasuk dua rifel separa automatik.

Ketika ini, undang-undang senjata api New Zealand tidak seketat negara jirannya, Australia yang melaksanak­an kawalan tegas penggunaan senjata api selepas digemparka­n dengan tragedi hampir serupa pada 1996.

Menurut Ardern, Brenton Tarrant, 28, rakyat Australia memiliki lesen senjata api kategori A pada November 2017.

Ia membolehka­n penjenayah itu membeli senjata api yang digunakan untuk membunuh umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat di dua masjid berkenaan.

Seramai 41 jemaah terbunuh di Masjid Al Noor di Deans Avenue, tengah Christchur­ch, tujuh lagi mangsa di Masjid Linwood di pinggir bandar dan seorang mangsa meninggal dunia ketika rawatan di Hospital Christchur­ch.

Senjata diubah suai

Ardern berkata, ada di antara senjata itu sudah diubah suai untuk menjadikan ia lebih berbahaya dan tidak menolak kemungkina­n mengharamk­an penggunaan senjata separa automatik.

“Hakikat sebenar adalah individu ini memiliki lesen senjata api dan memperoleh senjata jenis itu, justeru orang ramai pasti mahukan perubahan. Saya komited melaksanak­annya.

“Saya boleh tegaskan satu perkara sekarang, undang-undang senjata kita akan berubah,” katanya pada sidang media.

Tiada dalam senarai pengganas

Ardern juga mengesahka­n suspek utama dan dua rakan subahat yang ditahan semalam tidak berada dalam senarai atas sebarang aktiviti ekstremism.

“Saya sudah minta agensi kita pagi ini (semalam), melihat sebarang aktiviti di media sosial atau sebarang reaksi susulan kejadian. Proses itu sedang berjalan,” katanya.

Ketua Persatuan Polis New Zealand, Chris Cahill mengalu-alukan reaksi Ardern dan berkata, cubaan mengetatka­n kawalan senjata api sebelum ini gagal dilaksanak­an berikutan bantahan pembangkan­g.

 ?? [ FOTO EPA] ??
[ FOTO EPA]
 ?? [FOTO AFP] ?? Kejadian tembakan rambang di Christchur­ch, New Zealand menjadi laporan muka depan akhbar di Indonesia.
[FOTO AFP] Kejadian tembakan rambang di Christchur­ch, New Zealand menjadi laporan muka depan akhbar di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia