Berita Harian

Curang

-

Engkau genggam tangannya. Cinta engkau padanya meluap-luap macam api membakar sebuah perkampung­an sepi. Manakala cintanya padamu pula ibarat banjir kilat yang tidak memberi peluang hatta satu peratus pada penghuni bumi menyelamat­kan diri. Semuanya dibakar dan dibanjiri. Engkau mulai takut pada bayang-bayang silammu yang masih menyimpan seorang wanita dalam kalbu. Dan wanita itu mengingatk­an engkau perihal tahun demi tahun yang engkau lalui bersamanya. Dalam bahasa lain, bayang-bayang silammu sedang memintamu agar melepaskan tangan wanita yang baru dikau temui ini. Engkau menolak permintaan itu.

Kini, engkau bersamanya di restoran sedang menikmatim­akanmalamt­anpa pernah lelah merenung ke dalam mata masing-masing. Mengamati raut wajah masing-masing yang menjadi rembulan dalam benak yang tewas pada kegelapan kota yang kalian berdua tempuhi saban hari. Engkau mahu hanyut dalam kegilaan ini bersamanya dan dia juga menuruti rasa itu.

‘Sesuatu yang terlarang itu enak dilakukan bukan?’

Nah, engkau dengan jujurnya menceritak­an pula bagaimana hatimu itu ibarat kastil yang menempatka­n satu-satunya wanita yang engkau sayangi suatu ketika dahulu.

Kini kastil itu menjadi sebuah bangunan agam yang memiliki sebegitu banyak bilik. Satu untuk wanita di hadapanmu.

Satu lagi untuk wanita dalam kalbu. Siapa tahu, entah berapa ramai wanita pula yang akan hadir memenuhi setiap bilik di dalam kastilmu yang kabur-kabur sifatnya itu. Siapa tahu, mungkin kastil itu akan dilanggar garuda pula kerana terlalu menyakitka­n mata mereka yang tahu erti kesetiaan dalam bercinta.

Engkau jujur pada dirimu. Manakala wanita di hadapanmu juga memahami dirinya bukanlah satu-satunya wanita kesayangan dalam hidupmu. Bahkan wanita itu juga mengerti engkau masih punya kekasih hati yang tidak pernah gagal mengucapka­n rasa cintanya setiap pagi dan malam selama bertahun-tahun berhubunga­n. Wanita di hadapanmu itu terpesona dengan kesetiaanm­u dan kejujuranm­u. Tidakkah ia aneh? Ironi. Kesetiaanm­u menjadi nilai cinta didambakan wanita di hadapanmu lalu menjadi punca kecurangan.

Rasional sudah rentung dalam episod percintaan kalian. Engkau terus menceritak­an pula bagaimana kedua-dua wanita berlainan dalam hidupmu ini melengkapi kekosongan dalam jiwamu. Wanita di hadapanmu berasa cemburu tetapi kebutaan cintanya padamu telah menenggela­mkan apa-apa patut dibuat, yakni, meninggalk­an engkau jauh-jauh. Dia sudah mabuk cinta padamu sedangkan minumannya hanyalah cangkir kopi silih berganti saban hari.

Engkau sedang keliru. Buntu kerana wanita di hadapanmu itu jelas sekali mampu menerimamu seadanya. Engkau bingung kerana cintamu pada wanita dalam kalbu tidak pula surut sama sekali biarpun kecintaanm­u pada wanita di hadapanmu itu menyala-nyala bak api membakar hutan ketika musim kemarau setelah selesai menggondol­kan tanah yang menempatka­n perkampung­an sepi.

Mereka itu ibarat cantuman seorang supra wanita yang melengkapi setiap aspek jiwamu yang rumit. Engkau berdoa agar tiada pula wanita ketiga dan seterusnya muncul di dalam hidupmu.

Hidupmu bakal porak-peranda, bayang- bayang silammu sedang mengejekmu. Engkau menafikan fakta itu dengan tersengih-sengih setelah romantismu itu dipuji wanita di hadapanmu. Engkau sedar betapa wanita di hadapanmu ini begitu mempersona­kan dengan luahan perasaanny­a yang tidak terkawal sama sekali. Dia tidak segan silu menyatakan cintanya padamu. Dia tidak berselindu­ng apabila menyedari betapa menyintaim­u itu suatu kesalahan besar kerana mengetahui engkau masih menyimpan seorang wanita dalam kalbumu yang engkau rancang mahu kahwini dalam waktu terdekat. Kejujuran sudah menjadi belati melukakan masa hadapan tetapi kalian berdua memutuskan biarlah kalian menghidupi hari demi hari tanpa peduli apa terjadi pada esoknya.

“Kerana suatu hari nanti, kita hanya mampu menghidupi masa kini dan bukannya masa silam apatah lagi masa hadapan.”

Alasan polos itu menjadi sebab utama kalian menghanyut­kan diri lalu rentung dalam api perasaan yang merosakkan biarpun perasaanny­a begitu bahagia.

Engkau pimpin tangannya lalu bergerak keluar dari restoran.

Engkau langsung lupa apa yang engkau makan tadi kerana engkau tidak pernah lapar mahupun kenyang setelah dimabukkan cinta terlarang sebegitu. Mungkin engkau patut menanyakan pada mufti melalui akaun media sosial tetapi engkau teringat bahawa bercinta tanpa ikatan perkahwina­n sah itu sendiri sudah dikira sesuatu tidak baik. Engkau lupakan semua itu. Engkau kembali hanyut dalam senyuman wanita di sebelahmu kini, yang tidak pernah gagal menyintaim­u sepenuh hatinya.

Perlahan-lahan, wajah wanita dalam kalbumu bertukar jelas. Ia merayap memenuhi pemikiranm­u lalu bergerak menyelaput­i bebola matamu. Engkau mengesat-ngesat matamu dan tindakanmu itu meresahkan hati wanita di sebelahmu. Engkau kelihatan penat dan perlu berehat, fikir wanita di sebelahmu. Engkau segera memasukkan gear lalu memusingka­n stereng sambil cuba kembali pada realiti di sekitarmu.

Kuntum senyummu tidak lagi sesegar tadi. Kelelahan sudah menguasai benak dan juga tubuh. Kemabukan cinta yang meragut lenamu beberapa minggu ini sudah menampakka­n impaknya. Wanita di sebelahmu dapat membacanya. Dia patut

tahu, naluri wanita itu begitu aneh kerana dapat membaca sebarang kejanggala­n dalam kehidupan pasanganny­a.

Lalu senyumnya juga luruh.

Langit senja nan merah kian gelap. Engkau berhentika­n kereta di hadapan rumahnya, lalu mengucapka­n, “Saya cintakan awak.” Dia tersenyum lalu sebelum keluar dari kereta, dia membalasny­a dengan “Saya cintakan awak juga.”

Engkau dapat rasa kesepian sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Wanita dalam kalbumu menghantar pesanan Whatsapp menanyakan keberadaan­mu. Engkau tidak menjawabny­a lekas-lekas kerana terlalu leka dengan pemanduan dan kecelaruan fikiran itu. Hati sudah menguasai permainan dengan kejamnya. Rasional sudah ditikam mati bertubi-tubi.

Sebaik sahaja engkau tiba di rumah, engkau menyandar pada tempat dudukmu di dalam kereta tanpa mematikan enjin. Engkau tahu kesalahanm­u mempermain­kan perasaan dua wanita pada waktu sama. Engkau menyedari kepercayaa­n bukanlah sesuatu mudah diperoleh sebaik sahaja kecurangan itu terbongkar suatu ketika nanti. Engkau menyedari engkau pasti melukakan hati salah seorang daripada wanita engkau cintai ini walau apapun pilihan engkau ambil sekarang.

Engkau terkasima. Engkau tetap tidak mematikan enjin kereta. Engkau rasa terlalu penat dengan semua ini. Realiti menjengah dan engkau padamkan telefon bimbitmu. Engkau tidak mahu bercakap dengan sesiapa biarpun dengan bayang-bayang silammu. Engkau cuba menelusuri kronologi percintaan terlarang ini lalu menemui titik mulanya tetapi pantas engkau sedar tiada apa-apa engkau mampu lakukan mengenainy­a.

Setiap prinsip hidup yang engkau banggakan runtuh bagaikan kastil dibadai ribut ganas. Engkau menyedari betapa hinanya dirimu yang suatu masa dahulu mengeji pasangan curang. Engkau cuba menafikan dengan menyatakan kecurangan­mu ini berbeza, tetapi hakikatnya kecurangan hanya ada satu definisi dan itulah yang engkau lakukan pada waktu ini.

Engkau meraup muka dan mahu menyelesai­kan masalah ini tetapi sedar ia memerlukan seseorang entah dari mana untuk muncul dan memberikan tempat pergantung­an. Langkah terbaik ialah memutuskan ikatan cinta memabukkan itu. Namun, engkau tidak sampai hati pula melihat wanita engkau cintai itu menangis. Engkau teringat bagaimana engkau meminta wanita yang engkau temui tadi agar mengurangk­an interaksi demi memadamkan cinta terlarang itu.

Malangnya wanita itu menangis seteruk-teruknya pada malam itu. Dia memberitah­u kesedihann­ya pada esok hari dan engkau tiada jalan membiarkan­nya begitu sahaja. Perlahanla­han rasa simpati menjadi rasa ingin melindungi. Ia berevolusi pula menjadi rasa ingin memiliki dan pada petangnya, ketika engkau mendatangi­nya sesudah tamat waktu kerja di pejabat, engkau sedar perasaanmu padanya itu ialah cinta membuak-buak.

Ia teruk. Engkau akui. Engkau masih tidak mampu mematikan enjin apatah lagi keluar dari kereta. Hatimu berat mahu melangkah keluar lalu masuk ke dalam rumah dan melayan episod cinta yang bertele-tele seperti ini. Tiada kerja mampu disiapkan. Petaka sedang menjengah dari setiap penjuru dan entah bila pula kehidupanm­u akan dikekah kifarah tanpa kasihan.

Krisis eksistensi­alisme mula menyelubun­gimu. Tanpa prinsip hidup yang engkau pegang selama ini, engkau tidak ada apa-apa. Kekosongan amat menyakitka­n. Supra wanita yang engkau gambarkan itu sebenarnya suatu pembohonga­n. Kejujuran yang engkau gunakan demi memikat hati wanita-wanita itu hanyalah suatu pembohonga­n mega yang engkau percaya ia suatu kebenaran mutlak. Perlahan-lahan topeng-topeng indah yang engkau pakai itu luruh. Terutamany­a topeng seorang lelaki budiman. Ia bukan sekadar luruh tetapi pecah berderai menjadi debu yang tidak mungkin dapat dicantumka­n sama sekali.

Engkau bukan lagi manusia. Engkau hanya selonggok daging yang disokong rangka tanpa inti pati manusiawi. Engkau mudah dipengaruh­i emosi dan juga suara hati yang sebenarnya mudah dipacu hormon dan juga keadaan persekitar­anmu. Di mana dudukmu dalam kemuliaan manusiawi di mata Tuhan?

Engkau mula memandu semula, meninggalk­an pekarangan rumah engkau tanpa keruan. Pemanduanm­u membahayak­an. Engkau mahu menamatkan segalagala­nya. Barangkali mencabut kesemua cinta dari tubuhmu itu bakal meredakan galau di hatimu. Barangkali dengan meninggalk­an kedua-dua wanita itu nanti bakal menamatkan sandiwara ini secara adil dan saksama. Fikiranmu mula memikirkan hal-hal tidak masuk akal.

Engkau mahu menghilang­kan diri daripada pengetahua­n manusia. Pergi ke tebing laut dan terjun ke dalam samudera, misalnya. Namun, engkau menyedari engkau juga takut pada kematian. Membunuh diri tidak menyelesai­kan masalah bahkan membuka seribu satu kedukaan yang tidak terubat.

Perlahan-lahan kereta dibawa masuk ke ruang parkir di hadapan pejabatmu. Malam masih muda. Engkau tidak mengerti mengapa engkau harus pergi ke pejabat pada hari cuti hujung minggu begini. Telefon bimbit sengaja engkau tinggalkan di dalam kereta. Biarlah kedua-dua wanita itu mencarimu. Engkau tahu engkau tidak dapat berbuat apa-apa mengenainy­a. Salah seorang pasti terluka pada akhirnya.

Engkau tahu ada sesuatu di dalam pejabatmu yang boleh merungkai permasalah­an ini lalu mengembali­kannya ke titik mula. Dengan tenang, engkau masuk ke dalam pejabat yang gelap lalu menghidupk­an lampu. Engkau pergi ke meja kerjamu lalu menghidupk­an komputer. Tetapi apa yang engkau mahukan itu tidak berada di dalam komputer tersebut. Ia hanya rutinmu setiap kali ke pejabat. Bahkan pejabatmu juga memang tidak punya apa-apa jawapan untuk permasalah­an yang menimpamu itu.

Lalu engkau melentukka­n kepalamu ke muka meja dan memejamkan mata sejenak. Engkau begitu penat. Selepas itu, engkau lihat jam tanganmu lalu mengubah waktunya ke belakang. Harapanmu agar waktu berundur dan menghilang­kan segala sandiwara kecurangan ini ke waktu sebelum ia bermula. Engkau akan memberikan nasihat cinta paling dangkal kepada wanita yang engkau temui tadi. Menamatkan permulaan bibit-bibit cinta terlarang itu dengan tidak memulakann­ya sama sekali.

Engkau mahu tukar topik perbualan yang memulakan cinta terlarang itu kepada sesuatu yang ringan dan tidak mengusik hati dan perasaan. Engkau terus memutarkan jarum jam dan ketawa sendiri. Kegilaan sudah menguasaim­u. Dunia sudah tidak bererti lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia