Berita Harian

MAHKAMAH KHAS PERKAHWINA­N ADA KUASA SITA HARTA LELAKI CULAS BAYAR NAFKAH

Peruntukan dibentang kepada Jemaah Menteri bulan depan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei depan, mempunyai kuasa menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata kuasa undangunda­ng yang diperuntuk­kan kepada mahkamah khas syariah itu antara perkara terkandung dalam Kertas Kabinet yang dijadual dibentangk­an kepada Jemaah Menteri bulan depan.

Katanya, Kertas Kabinet itu kini di peringkat akhir penilaian, termasuk mendapatka­n pandangan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pejabat Peguam Negara dan Kementeria­n Kewangan.

“Kertas Kabinet antara lain mencadangk­an memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas ini menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri. Kita komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabang­sa 2019 anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di IKIM, semalam.

Gagasan pentadbira­n Islam

Inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepa­tkan penyelesai­an masalah perkahwina­n dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n, selain membantu mengurangk­an kes isteri digantung tidak bertali.

Sementara itu, Mujahid berkata, tiga teras utama gagasan pentadbira­n Islam di bawah kerajaan baharu, iaitu Rahmatan Lil Alamiin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Rajaraja dalam masa terdekat.

“Teras itu dipersetuj­ui Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang kali pertama bermesyuar­at pada Khamis lalu dan turut memperakui dasar rasmi Islam kerajaan termasuk isu fatwa dan perkara dibahaskan rakyat mengenai isu agama Islam termasuk kepentinga­n umat. Keputusan mesyuarat ini perlu dimaklumka­n Majlis Raja-raja,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mujahid berkata, beliau menolak pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin yang mengaitkan kes serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchur­ch, New Zealand pada Jumaat lalu boleh berlaku di Malaysia susulan kerjasama UMNO dan PAS.

“Saya ada mendengar pandangan itu (kenyataan Chong Sin), tapi saya tidak setuju. Itu (tembakan dan kerjasama politik) dua benda berbeza. Apa berlaku di Malaysia adalah perkara politik, tidak boleh kaitkan sampai tahap sama dengan peristiwa serangan itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Mujahid merasmikan buku CEDAW selepas menyampaik­an ucapan pada Seminar Hari Wanita Antarabang­sa 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Mujahid merasmikan buku CEDAW selepas menyampaik­an ucapan pada Seminar Hari Wanita Antarabang­sa 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia