1,000 siswa UM miskin tegar

Universiti Malaya kenal pasti 1,000 pelajar miskin tegar dinamakan BL40 daripada isi rumah berpendapa­tan RM1,000 ke bawah sebulan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik jamin pengajian siswa B40 tidak terjejas akibat kesempitan kewangan di kampus

Berita Harian - - MUKA DEPAN - Oleh Syuhada Choo Abdullah [email protected]

Universiti Malaya (UM) mengenal pasti kira-kira 1,000 mahasiswan­ya tergolong dalam kategori miskin tegar dinamakan BL40 yang ditakrif universiti itu sebagai isi rumah berpendapa­tan RM1,000 ke bawah sebulan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman, berkata universiti itu meletakkan kategori terbabit lebih bawah daripada isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) yang sangat memerlukan bantuan.

“Saya tidak menafikan, hasil pemantauan kami mendapati, ada pelajar menghadapi masalah kewangan untuk membeli makanan sehingga mengubah diet mereka.

“Malah, saya dimaklumka­n oleh dekan dan timbalan dekan bahawa ada pelajar hanya makan roti, roti canai tiga kali sehari atau hanya nasi berlauk- kan satu jenis sayur,” katanya kepada BH.

BH Ahad semalam melaporkan kesempitan yang dialami pelajar daripada keluarga B40 di UM sehingga terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Mereka terpaksa mengikat perut dengan cuma makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, daripada 14,000 mahasiswa di UM, kira-kira 6,500 pelajar terdiri daripada golongan B40, antara 4,000 hingga 4,500 lagi dalam kategori isi rumah berpendapa­tan pertengaha­n (M40), manakala 2,000 lagi berpendapa­tan tinggi (T20).

Fokus bantu golongan memerlukan

Katanya, menjadi fokus dalam agenda UM membantu golongan memerlukan, termasuk memastikan tiada pelajar tidak dapat makan akibat kesulitan kewangan.

Beliau berkata, walaupun ratarata pelajar berkenaan memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ada yang menghantar sebahagian wang untuk membantu keluarga sehingga mereka terpaksa makan sekali sehari bagi menjimatka­n belanja.

“Oleh itu, isunya bukan sekadar mengenai tiada wang untuk makan, tetapi juga makanan berkenaan perlu sepadan dengan seorang pelajar yang memerlukan diet seimbang.

“Itulah usaha dan hala tuju kami pada tahap lebih tinggi, iaitu pelajar dapat makan dengan diet yang betul,” katanya.

Bagaimanap­un, Abdul Aziz berkata, setakat ini, pihaknya tiada menerima laporan mengenai sebarang kes pelajar keterlalua­n menahan lapar sehingga pengsan di kampus.

Katanya, UM sentiasa bersedia membantu pelajar memerlukan dengan banyak inisiatif dilaksanak­an, sama ada secara berpusat, fakulti, kolej kediaman mahupun persendiri­an.

“Ada 20 hingga 30 program sedang dijalankan berkaitan bantuan makanan untuk pelajar, dan usaha ini sentiasa digalakkan.

“Kira-kira 100 pelajar dipanggil buddies juga dilatih bawah Seksyen Kaunseling dan Bimbingan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, untuk mendekati rakan sebaya, sekali gus membantu aspek kebajikan, termasuk keperluan makanan,” katanya dengan terbaharu pihaknya sudah meluluskan peruntukan lebih RM200,000 bagi tujuan itu.

“Alhamdulil­lah, orang ramai turut memberi sumbangan bantuan makanan dan kita mengalu-alukan sumbangan kewangan untuk meringanka­n kos sara hidup pelajar.

“Keperluan asas lain juga penting. Malah, Fakulti Perubatan UM memberi elaun sara hidup RM150 sebulan kepada 10 pelajar, selain kupon makanan RM15 sehari untuk 31 mahasiswa.

“Bagi pelajar perempuan, elaun itu dapat meringanka­n beban perbelanja­an membeli barang keperluan penting seperti tuala wanita dan syampu,” katanya.

Mengenai dakwaan harga makanan di kafe tertentu di dalam kampus agak mahal, Abdul Aziz meminta pelajar tampil memaklumka­nnya bagi membolehka­n tindakan sewajar diambil.

Saya dimaklumka­n oleh dekan dan timbalan dekan bahawa ada pelajar hanya makan roti, roti canai tiga kali sehari atau hanya nasi berlaukkan satu jenis sayur” Abdul Aziz Abdul Raman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.