Berita Harian

KELUARGA BUNTU KEHILANGAN HAZIQ TIADA PETUNJUK

Polis New Zealand hanya maklum perkembang­an terkini kepada ibu mangsa

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Nasib remaja rakyat Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, yang hilang Jumaat lalu selepas tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand, masih menjadi misteri.

Mohd Haziq berusia 17 tahun solat di masjid bersama bapanya Mohd Tarmizi Shuib, 42, dan adiknya Mohd Haris, 12, hilang tanpa dapat di kesan selepas peristiwa itu.

Mohd Tarmizi parah ditembak dalam kejadian itu, manakala Mohd Haris selamat dan keduaduany­a ditempatka­n di sebuah hospital di Christchur­ch.

“Bagaimana keadaan Mohd Haziq sekarang? Adakah sudah makan? Tidur di mana? Pasti dia sedang trauma dengan mengharapk­an keluarga dapat menemuinya,” kata Zarina Shuib, 53, yang juga ibu saudara kepada Mohd Haziq.

Zarina berkata, sehingga kini mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai anak kedua Mohd Tarmizi itu.

“Saya percaya dia menyembuny­ikan diri selepas trauma dengan insiden terbabit, bayangkan remaja seusia Mohd Haziq berdepan situasi sebegini. Saya pasti dia sedang panik dan trauma.

Tiada sebarang berita

“Perkara itu juga ada ditanya pada ibu Mohd Haziq, tetapi mereka juga tidak mempunyai sebarang berita. Saya pasti mereka yang berada di New Zealand lebih risau kerana kami di Malaysia pun risau,” katanya yang dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Kedua, Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Azhari Azmi, berkata Malaysia sentiasa memantau perkembang­an mengenai kes kehilangan Mohd Haziq susulan serangan ganas tembakan di dua masjid di Christchur­ch, New Zealand.

Beliau berkata, pihaknya kini sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan Kementeria­n Luar New Zealand bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

“Setakat ini, kita sudah tekankan kepada pihak hospital dan polis bahawa penting untuk mendapatka­n maklumat tentang Mohd Haziq, secepat mungkin.

“Berdasarka­n perbualan bersama ibu Mohd Haziq petang tadi (semalam), polis hanya akan berurusan dengan keluarga, selain ibu remaja berkenaan akan berjumpa dengan pihak berkuasa di sebuah lokasi untuk mengesahka­n nama beliau (Mohd Haziq) bagi mengelakka­n tersilap maklumat.

“Sebarang perkembang­an terkini hanya akan dimaklumka­n polis kepada ibu Mohd Haziq dan kita bekerjasam­a dengan beliau untuk berkongsi maklumat, sebelum didedahkan kepada umum,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Insiden serangan di Masjid Alnoor dan Masjid Linwood di Christchur­ch, New Zealand mengorbank­an 49 individu serta mencederak­an puluhan lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan).

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN AZRUL MAHATHIR AZIZ] ?? Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz (kiri) bersama EXCO Kebajikan, Alam Sekitar, Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh (dua dari kiri) melawat Mohd Tarmizi di hospital di New Zealand.
[FOTO IHSAN AZRUL MAHATHIR AZIZ] Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz (kiri) bersama EXCO Kebajikan, Alam Sekitar, Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh (dua dari kiri) melawat Mohd Tarmizi di hospital di New Zealand.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia