Berita Harian

Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily maut, 6 hilang

Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily terbunuh, anak cedera dalam kejadian di Air Terjun Tiu Kelep

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my

Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim terkorban, manakala enam lagi rakyat Malaysia hilang dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.8 magnitud di Lombok, Indonesia semalam.

Kematian Siew Kim, 56, disahkan oleh Sin Chew Daily.

Mangsa dikatakan bercuti di pulau itu bersama anak lelakinya, Teoh Jin Yik, 20.

Jin Yik dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan dirawat di hospital berdekatan.

Dua rakyat Indonesia turut dilaporkan maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian jam 2.07 petang semalam.

Kementeria­n Luar berkata, semua mangsa dikatakan berada di Air Terjun Tiu Kelep ketika gempa bumi menggegark­an pulau berkenaan.

“Kementeria­n Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warga Malaysia terkorban, manakala enam lagi belum dapat dikesan dalam kejadian itu.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan hingga kini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung insiden itu,” kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali.

Kementeria­n turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap semua mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi berkenaan.

Lapor diri di kedutaan

Justeru, rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana berkenaan diminta menghubung­i Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di 6221522494­7/6281380813­036 dan Wisma Putra di 03-88874570.

“Kementeria­n Luar menasihat supaya rakyat Malaysia melaporkan diri dengan kedutaan dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sementara itu, Antara News yang memetik jurucakap kerajaan daerah, Mujaddin Muhas, berkata setakat ini identiti mangsa belum diperoleh.

Berikutan itu, Mujaddin berkata, pihak berkuasa kesihatan dan Agensi Pemantau Bencana Lombok Utara sudah mengerah anggotanya ke kawasan terbabit, termasuk empat ambulans.

Tiada ancaman tsunami

“Seorang mangsa yang cedera kini dirawat di Pusat Kesihatan Masyarakat Bayan,” katanya.

Beliau berkata, tempoh perjalanan ke kawasan air terjun Tiu Kelep mengambil masa selama 45 minit dengan berjalan kaki dari jalan utama Senaru.

Kejadian gempa bumi pada jam 2.07 petang (waktu tempatan) itu turut menjejaska­n beberapa kawasan di wilayah barat Nusa Tenggara, tetapi ia tidak menyebabka­n ancaman tsunami.

Menurut Agensi Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofizik (BMKG), pusat gempa itu terletak 24 kilometer (km) dari daerah timur Lombok, 36km di timur laut daerah utara Lombok, 37 km di barat laut Pulau Panjang di daerah Sumbawa dan 63km di timur laut Mataram.

 ??  ??
 ?? [FOTO KORANNTB.COM] ?? Antara kediaman yang musnah dalam gempa di Lombok, semalam. Gambar kecil, Tai Siew Kim.
[FOTO KORANNTB.COM] Antara kediaman yang musnah dalam gempa di Lombok, semalam. Gambar kecil, Tai Siew Kim.
 ?? [FOTO ANTARA NEWS] ?? Antara korban akibat gempa di air terjun Tiu Kelep, Senaru, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, semalam.
[FOTO ANTARA NEWS] Antara korban akibat gempa di air terjun Tiu Kelep, Senaru, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat, semalam.
 ??  ??
 ?? [FOTO KORANNTB.COM TWITTER] ?? Pengunjung pasar raya di Kota Mataram keluar dari bangunan selepas berlaku gempa bumi di Lombok, semalam.
[FOTO KORANNTB.COM TWITTER] Pengunjung pasar raya di Kota Mataram keluar dari bangunan selepas berlaku gempa bumi di Lombok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia