‘Degupan jantung 140 naik kereta NIO EP9’

Berita Harian - - MUKA DUA -

Peluang menaiki kereta ‘hyper’, NIO EP9, antara kereta elektrik (EV) terpantas di dunia disifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang mengujakan.

Perdana Menteri secara berseloroh berkata, kepantasan kenderaan berkenaan membuatkan degupan jantungnya turut naik sehingga 140 denyutan perminit.

“Ia sangat mengujakan. Degupan jantung saya naik sehingga 140,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Festival GT Asia di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) di sini, semalam.

Capai kelajuan 313 km/jam

Cukup bertuah juga bagi pelumba negara, Jazeman Jaafar yang memandu NIO EP9 dan membuat satu pusingan bersama Perdana Menteri sebagai penumpang di litar sepanjang 5.54 kilometer (km) itu.

Kereta EV keluaran syarikat berpangkal­an di United Kingdom (UK), Nextev dengan 1,341 kuasa kuda itu mampu mencapai kelajuan maksimum 313 km/jam, manakala daya pecutan dari 0 hingga 200 km/j pula ialah 7.1 saat.

Dr Mahathir turut memuji penyertaan kira-kira 70 kereta Proton Saga edisi awal pada festival berkenaan yang dilihat berupaya berlumba dan mengeluark­an bunyi mirip kereta Formula Satu (F1).

Denyutan jantung normal

Kadar denyutan jantung normal berlaku antara 60 hingga 100 denyutan perminit dan kadar itu dijana oleh sel jantung tersendiri yang digelar perentak jantung.

Bagaimanap­un kadar denyutan itu akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan badan seseorang.

Sebagai contoh, seorang individu mempunyai nadi 120 hingga 130 denyutan perminit apabila berlari tetapi hanya 50 hingga 60 denyutan perminit ketika tidur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.