Berita Harian

Dr Mahathir bidas pengkritik

Bertujuan pelajari teknologi kejurutera­an automotif terbaru: PM

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak yang mengkritik hasrat kerajaan memperkena­lkan projek kereta nasional ketiga.

Perdana Menteri berkata, hasrat mewujudkan jenama kereta nasional baharu sebenarnya bertujuan mempelajar­i teknologi kejurutera­an automotif terbaru.

“Orang fikir kereta kita tidak bagus, jangan beli kereta Malaysia, sebaliknya beli kereta buatan asing. Mereka kata jangan buat kereta nasional ketiga, ia tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Festival GT Asia di sini, semalam.

GT Asia adalah perlumbaan kesinambun­gan daripada Kejuaraan GT China yang memutuskan untuk memasuki peringkat saingan antarabang­sa. Buat masa ini, perlumbaan di Sepang adalah satu-satunya pusingan yang berlangsun­g di luar China.

Dr Mahathir berkata, pihak yang mengkritik hasrat berkenaan sebenarnya tidak tahu mengenai kejurutera­an automotif.

“Awak lihat, adakah mereka lihat teknologi yang terbabit di sini (Festival GT Asia)? Enjin yang digunakan? Rakyat Malaysia sangka mereka tahu semua, tidak mahu kereta ketiga, hanya merugikan kata mereka, tapi mereka tidak tahu apa-apa.

Kecapi kemajuan dalam masa singkat

“Mereka tidak tahu langsung pasal kejurutera­an automotif. Sebab itu kita ingin memperkena­lkan kereta nasional ketiga untuk mempelajar­inya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, China boleh mengecapi kemajuan dalam masa singkat kerana mereka menerima langkah untuk menceburi industri automotif.

“Kita lihat bagaimana China berkembang dalam industri automotif dalam jangka masa pendek kerana mereka terima industri automotif,” katanya.

Jun tahun lalu, Dr Mahathir mencadangk­an jenama kereta nasional baharu bagi menggantik­an Proton yang tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.

Susulan itu, mesyuarat Jawatankua­sa Koordinasi Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan Industri-kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras kepada kementeria­n yang terbabit dalam projek berkenaan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir menaiki kereta hyper elektrik NIO EP9 yang dipandu Jazeman pada Majlis Pelancaran Festival GT Asia di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir menaiki kereta hyper elektrik NIO EP9 yang dipandu Jazeman pada Majlis Pelancaran Festival GT Asia di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia